;

SESIBUK @ SERELAKS MANA PUN KITA KEMATIAN TETAP DATANG.

Bismilahirohmanirohim...
Salam perjuangan kepada sahabat...
Pernah tak sahabat-sahabat tengok video klip pidato kanak-kanak indonesia?Yang mana pidato itu diadakan untuk memberi peringatan kepada penonton-penonton tentang kematian. Jika pernah, alhamdulillah. Di sini admin ingin berkongsi-kongsi dengan sahabat-sahabat semua tentang Bunga. iaitu salah seorang pemidato di indonesia. Bunga adalah seorang kanak-kanak kecil yang pandai berkata-kata. Kita doakan semoga Bunga menjadi seorang pelapis generasi harapan untuk agama Allah ini. InsyaAllah.
Gambar hiasan ( contoh pasangan yang seperti ibu bapa kita)
Mari kita kenangkan kembali saat kita masa ibu bapa kita melahirkan dan membesarkan kita dahulu.
  1. Sahabat-sahabat ingat tak semasa kecil yang bahawa kita ini adalah bayi-bayi yang cukup comel dan ramai orang suka dengan kita.Masih ingat tak masa kita baru dilahirkan. Cuba anda tanya kepada ibu bapa anda (jika yang tiada ibu bapa, maafkan saya), bagaimana carNumbered Lista anda dilahirkan dahulu? Melalui pembedahan @ lahir normal.Jangan malu bertanya ya penting untuk anda tahu bagaimana cara ANDA dilahirkan.

Nak tahu tak, yang semasa zaman bayilah zaman yang paling bukan mudah untuk menjaga anak? Ya, betul, ini kerana sekiranya ibu bapa kita tidak mengazankan di telinga kita selepas kita lahir, maka, menjadi satu kerugian dalam diri kita untuk bentuk diri menjadi hamba yang taat kepada Allah. Azan merupakan 'suara' Allah, jadi amat penting untuk kita diazankan. Anda kelak jika sudah berumah tangga, azankan anak anda sendiri ya!

Baiklah...selepas kita menjadi bayi, lantas kita menjadi seorang kanak-kanak yang comel + nakal + kadang-kadang baik sangat + kadang-kadang baik seketika @ baik sangat. Biasalah sekiranya semasa kita kecil, kita nakal,kan?
Pada masa ini, ibu bapalah tempat segala-galanya. Kita mengadu masalah kita, nak itu, nak ini, ibu bapa kita membesarkan kita dalam suasana yang penuh mahabbah dan beri kepercayaan kepada kita untuk bermain dengan kawan-kawan dan sebagainya.
Selepas kita menjadi kanak-kanak, kita pun meningkat remaja, sepertimana kita sekarang ini, bukan? Pada masa inilah kita hendak membentuk identiti kita menjadi yang bagaimana,sama ada..
1) Ar Rijal soleh @ An Nisa solehah
2) Pemuda @ Gadis yang suka bermaksiat
3) Hamba Allah yang sentiasa taat perintahNya seperti mana para sahabat terdahulu. Contoh : Nabi Muhammad s.a.w, Saidina Abu Bakar, Mohamad Al Fateh dan lain-lain
4) Kawan syaitan
5) Apa-apa sahaja identiti yang kita rasakan sesuai dengan kehendak hati / nafsu.

Mengapa saya menulis seperti di atas, kerana saya mahukan anda dan saya sendiri menilai diri kita sendiri. Kejap-kejap jadi macam no.3, kejap-kejap macam no.4, entahlah, kita sendiri tidak tahu mana satu diri kita.
Itulah dunia remaja, masih lagi dalam proses bentuk diri.
Semoga anda menjadi yang bernombor 1 dan 3 ya!


Selepas membentuk identiti dalam diri ketika remaja, kita pun membentuk akhlak-akhlak yang terpulang pada kita bagaimana jenis akhlak yang kita mahu bentuk dan remaja jenis apa yang kita HENDAK JADI.Kemudian, akan bentemu dengan pasangan dan bernikah.Kebiasaannya, saat yang pling disukai oleh manusia ialah apabila bertemu dengan pasangan yang dicintai, betul tak?
Dalam alam perkahwinan inilah, bermulanya satu kehidupan yang lebih mencabar. Mana tidaknya, yang si isteri perlu taat sepenuhnya pada si suami selagi perintahnya itu tidak melanggar batas-batas syariat,zuriat, mendidik anak, manakala si suami wajib memberi nafkah zahir (keperluan asas) dan nafkah batin (ilmu-ilmu agama dan zuriat)
Maka, inilah yang memberi ujian yang sangat banyak bagi kehidupan Baitul Muslim, bukan mudah mendirikan Baitul Muslim, seandainya tidak didasarkan cinta pasangan kita itu sebelum bernikah kerana Allah, maka natijahnya, zuriat yang bakal dilahirkan kemungkinan bermasalah. Yalah, pernikahan atas dasar hawa nafsu akan menyebabkan anak-anak yang dilahirkan menjadi mangsa akibat kezaliman ibu bapa sendiri yang mendahulukan cinta berdasarkan nafsu daripada cinta kerana Allah.
Pilihlah pasangan yang soleh, boleh menjadi imam dalam solat, baik dan tartil bacaan Qurannya, tidak memandang rupa pasangan dan macam-macam lagi persediaan yang perlu anda lakukan sebelum memulakan kamus baru.
Zuriat yang dilahirkan...
Didiklah anak-anak dengan penuh kasih sayang dan ilmu agama yang lengkap dari segi akidah, akhlak, ibadah, muamalat dan sebagainya...
Tegurlah anak dengan cara yang telah disunnahkan oleh Nabi s.a.w.

Kemudian, pelbagai-bagai masalah yang akan kita hadapi, pada masa ini makin banyak tanggungjawab kita sebagai KHALIFAH di muka bumi Allah ini.
1) PEKERJAAN KITA
2) TANGGUNGJAWAB PADA ISTERI,ANAK-ANAK MAK DAN BAPA ANDA, AHLI MASYRAKAT,
3) BAYARAN ZAKAT
4) TUNAIKAN HAJI
5)PEMIMPIN YANG BAIK
5) BANYAK2, BANYAK2 TANGGUNGJAWAB - cuba anda buat checklist.
* tapi jangan lupa checklist sekali peranan kita kepada saudara seislam kita di Palestin, ingat kata-kata SHEIKH AHMAD YASSIN
" Wahai saudara seislamku, lihatlah saudara-saudaramu di sini, apakah yang engkau berikan kepada mereka, sekiranya engkau adalah saudara seislam kami, maka bantulah kami, tetapi, sekiranya engkau tidak membantu kami, maka tunggulah tuntutan kami di hadapan Allah"
*ingat tu..

KEMUDIAN...suatu ketika...

Kita menjadi tua...Pada ketika ini, kita boleh lihat bagaimana sikap kita melayan kedua ibu bapa kita semasa mereka hidup dahulu, begitulah kelakukan anak-anak anda terhadap anda apabila anda tua kelak!Jadi, jadilah anak soleh / solehah ya!

CARA KEMATIAN KITA YANG PELBAGAI!
MAHU YANG MANA?///



pilihlah cara kematian yang bagaimana yang kita mahukan.
Berdoalah ketika kita masih remaja ini supaya kita mati dalam keadaan Islam, dan bersyahadah.
Itu adalah asas, namun, mintalah juga kepada Allah agar kita mati dalam keadaan muka yang berseri dan beramal soleh dan dimasukkan dalam syurgaNya.




Hadis : Mati Dengan Mata Terbeliak

Hadis :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah S
AW bersabda:"Tidakkah kamu lihat apabila seorang manusia mati, matanya terbeliak ke atas?" Jawab mereka, "Ya kami melihatnya, ya Rasulullah." Sabda baginda lagi:"Hal itu terjadi kerana penglihatannya mengikut rohnya ketika roh itu pergi." (Muslim)

Huraian :
Kehidupan yang singkat di dunia ini amat penting dalam menentukan kehidupan yang panjang di akhirat kelak. Manusia, selain tidak mengetahui hari kematiannya, mereka juga tidak mengetahui nasib akhirnya sama ada mati dalam keadaan "husnul khatimah" atau "su'ul khatimah", sekalipun amal ibadat dirasakan semakin bertambah. Rasulullah SAW sendiri telah bersabda yang maksudnya:"Dan Dialah Tuhan dan tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya salah seorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dia dengan syurga itu hanya sehasta. Tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka ia masuk ke dalam neraka. Dan sesungguhnya salah seorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dia dengan neraka itu sehasta sahaja. Tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia masuk ke dalam syurga." (Bukhari). Hadith ini memperingatkan kita bahawa tidak ada manusia yang dapat menjamin kesudahan yang baik bagi dirinya. Namun begitu dalam meniti saat-saat kematian, adakalanya Allah SWT menunjukkan kepada hambaNya tanda-tanda baik ("Husnul Khatimah") atau tanda-tanda buruk ("su'ul khatimah") dalam mengakhiri ajal seseorang. Sebab itulah kita diseru agar sentiasa berhati-hati supaya tidak terjerumus dengan godaan syaitan yang menggoda tidak kira masa sama ada ketika masih hidup di dunia atau semasa menghadapi sakaratul maut. Sesungguhnya mengingati dan menghayati erti kematian adalah satu motivasi diri yang terbaik supaya diri kita menjadi lebih insaf dan tidak leka dengan keindahan dunia yang hanya sementara ini.



Hadis : Hebatnya Penghuni Syurga Hadis :
Dari Abu Hurairah r.a:"Rasulullah SAW bersab
da:"Golongan yang pertama sekali masuk syurga wajahnya adalah seperti bulan purnama. Dan orang yang masuk sesudah itu seperti bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu) tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya." (Bukhari)

Huraian :
Kita sekarang dihidupkan oleh Allah di muka bumi dan selepas itu kita akan dikembalikan ke salah satu daripada dua negeri yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka. Allah sudah menyatakan di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman manis di syurga. Begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya kerana setiap sesuatu itu ada sebab-musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Maka terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak ke syurga atau jejak ke neraka
.

BAYANGKANLAH JIKA KITA BANYAK AMALAN NAMUN, PENUH KERIAKAN DALAM SEMBUNYI DI HATI, NERAKA TEMPAT KITA,

NAMUN, BAYANGKANLAH JIKA AMALAN KITA SEDERHANA, TETAPI HATI KITA TETAP BERZIKIR NAMA ALLAH SETIAP 24 JAM HATI PENUH KEKHUSYUKAN MENCINTAINYA SEPENUH JIWA IMAN, SEMOGA SYURGA MILIK KITA SEMUA.

-Aku Hanya Hamba Dhaif-

0 comments: