Dalam bahagian pertama buku Bahtera penyelamat dalam kehidupan pendakwah menekankan tentang rintangan perjuangan dalam kehidupan pendakwah. Rintangan perjuangan dalam kehidupan pendakwah ini terbahagi kepada 5 aspek iaitu:
1. Orang mukmin yang dengki kepadanya.
2. Orang munafiq yang benci kepadanya.
3. Orang kafir yang memeranginya.
4. Syaitan yang menyesatkan.
5. Nafsu yang meransang.
Dalam kehidupan seorang daie, rintangan dalam perjuangan adalah perhiasan dan permainan untuk mencapai erti kata JIHAD yang sebenar. Pengekuan keimanna sebenarnya memerlukan kepada bukti.Semakin kita mencintai Allah, kita tak akan menjalani kehidupan dengan mudah. Kehidupan ini akan terus di uji. Ia sangat jelas dalam ayat2
Allah dalam surah al-Ankabut,ayat 1-3 maksudnya:
Alif laam miim (29:1)
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami
telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (29:2)
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya
Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (29:3)
Jelas dalam al-Quran melalui surah ini sendiri ALLAH s.w.t berfirman, untuk mengetahui tahap kebenaran dan keimanan seseorang adalah melalui ujian yang diberikan...
1. Orang Mukmin yang Dengki kepadanya.
Hasad adalah penyakit hati yang berbahaya. Apatah lagi kita tidak dapat menilai seseorang dari sudut dalaman mereka. hasad boleh mengikis iman seseorang muslim jika tidak cepat diubati. Orang yang dengki kepada kelebihan, kebolehan dan ilmu yang yang dianugerahkan oleh ALLAH s.w.t kepada mukmin yang lain adalah orang yang mempunyai jiwa yang berpenyakit dan hati yang berkarat. menyelusuri kisah Habil&Qabil yang melibatkan pembunuhan pertama yang berlaku didunia.saudara yang mempunyai pertalian darah dan seibu seayah sanggup berbunuhan kerana tidak sanggup untuk melihat kelebihan saudara sendiri. Faktor-faktor yang menyebabkan hasad dengki ialah :
a) Perasaan permusuhan dan kebencian
b) Merasa diri mulia
c) Takabbur
d) Ujub
e) Takut terlepas sesuatu tujuan dan habuan
f) Ghairah menjadi ketua dan mencari populariti
g) Busuk hati
2. Orang Munafiq yang Benci kepadanya
Orang-orang munafiq memang wujud dimana-mana. meraka menjadi duri dalam perjalanan seseorang pendakwah. kemunculan golongan ini bermotifkan pelbagai kepentingan sehingga sanggup hipokrit dan tidak sedar memusnahkan diri mereka sendiri. mengigatkan permasalahan yang ditimbulkan oleh sifat munafiq dan golongan mubafiq dalam barisan Islam, maka ayat-ayat al-Quran menghuraikan secara terperinci akan sifat-sifat atau petanda hipokrit dan sifat-sifat golongan Munafiqun dalam surah Al-Baqarah ayat 8-15.sejarah telah membuktikan golongan ini sememangnya bahaya dalam Islam kerana mereka banyak menimbulkan fitnah dan krisis. di samping itu mereka mampu membolak-balikkan hati pengikut-pengikut Islam yang tidak kuat imannya sehingga terkandas.
3. Orang Kafir yang Memeranginya
Halangan ketiga yang biasa dihadapi oleh para da'i ialah cabaran keras, tipu daya dan komplot-komplot orang kafir. Firman ALLAH dalam surah al-anfal ayat 37 mafhumnya:
"Supaya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dengan yang baik dan menjadikan golongan yang buruk itu sebahagiannya di atas sebahagian yang lain. Lalu kesemuanya ditumpukkanNya dan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam. Mereka itulah orang-orang yang rugi."
orang kafir adalah pengembang dan penyokong-penyokong kebatilan. mereka adalah alat-alat syaitan dan musuh kebenaran hingga hari kiamat. Pertarungan kekufuran dan keimanan berlangsung sejak dulu hingga zaman sekarang. penentangan mereka terus menerus bergelojak sehinggalah ALLAH memutuskan ketentuannya.
4. Syaitan yang Menyesatkan
halangan yang keempat yang dihadapi oleh para pendakwah ialah tipu daya syaitan dan putar belit iblis laknatullah. syaitan sememmangnya musuh mukmin yang paling besar. ia tidak jemu menipu, menimbulkan keraguan dan meransang ke arah kejahatan. syaitan pernah bersumpah megah dihadapan ALLAH s.w.t untuk memenuhi neraka jahanam dengan anak Adam yang sering leka dan lalai. Firman ALLAH s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 168-169:
"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui."
Celakanya syaitan ini ialah kalau ia gagal merasuk,memujuk dan menimbulkan was-was dari satu sudut maka ia akan datang merasuk dari sudut yang lain. Banyak jalan yang dilalui oleh syaitan untuk menyelinap menyusupi hati manusia. Dalam kitab Ihya' juz ketiga, oleh Imam Al-Ghazali Rahimahullah menyatakan, syaitan menyelinap ke dalam diri manusia melalui sifat :
a) Marah
b) Nafsu Syahwat
c) Tergesa-gesa
d) Hasad dengki
e) Kikir
f) Takabbur
g) Buruk sangka terhadap muslimin yang lain
Serangan iblis terhadap para pendakwah kadangkala berkait dengan habuan dan perhiasan duniawi. selain itu juga, serangan terhadap diri pendakwah yang berbentuk takut dan bimbang yang berlebihan. is aditawan dengan penyakit al-Wahnu. Rasullah s.a.w pernah ditanya: "Apakah wahnu itu, wahai Rasullah?" Rasullah s.a.w menjawab: "Cinta dunia dan benci mati".
5. Nafsu yang meransangkan.
Nafsu adalah perkara pokok yang sentiasa menyelubngi para daie. nafsu tidak mudah untuk diatasi. sebenarnya nafsu adalah wadah utama tempat berinteraksinya antara yang hak dan batil. Nafsu sentiasa menjadi pengarah keburukan dalam sesuatu oraganisi individu. kalau tidak dikekang dengan lingkaran taqwa dan keimanan pasti nafsu akan beraja dalam diri. tepat seperti sabda Rasullah s.a.w:
"Musuh dirimu yang paling besar ialah NAFSUmu sendiri yang dicelah lambunganmu."
Petanda awal kerugian diri ialah mengabaikan peningkatan dan latihan diri supaya menurut kehendak syara'. cuai dalam menepati prinsip-prinsip dalam bentuk amalan, perkataan dan perbuatan.
KEDUDUKAN HATI DALAM DIRI
Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa tingginya kedudukan hati dalam sabdanya iaitu:
"Manusia itu dua matanya (ibarat) petunjuk, dua telinganya sev=bagai pemberi isyarat awas, lisannya sebagai penterjemah, dua tangaannya sebgai sayap, dua kakinya sebagai posmen, hatinya pula sebgai raja. kalau rajanya baik, maka baiklah bala tenteranya."
TANDA HATI MASIH HIDUP
- masih boleh bergetar dan teralun oleh zikrullah
- bacaan al-Quran
- Ibadah yang mendekatkan diri kepada ALLAH
- kuatnya seseorang itu berpegang kepada agama (keberaniannya menyatakan yang hak)
- takutnya seseorang itu terhadap ALLAH dan kemurkaannya
- amar ma'ruf, nahi mungkar
SUNNAH RASULLAH UNTUK MENJAGA NAFSU
- zikrullah
- muraqabatullah
- berjihad melawan nafsu
Para daie haruslah menang dalam pertarungan melawan dan mengasuh nafsunya. perlulah sentiasa mengawasi nafsu dari semasa ke semasa.
Kesimpulannya:
# Dalam usaha berdakwah dan mencapai tahap dalam kehidupan sebagai seorang pendakwah, mehnah tidak pernah tinggal dan tribulasi tidak pernah tercicir. sentiasa menjadi perhiasan pendakwah untuk menguji sejauhmana keimannya kepada ALLAH s.w.t.
# Ramai yang menyertai perjuangan ISLAM di peringkat awal tetapi yang konsisten, kekal dan menenruskan perjuangan ini adlaah segelintir sahaja. Marilah kita berdoa kepada ALLAH supaya setiapa langkah kita dimantapkan suapaya tidak tergelincir dari landasan.
# Sesiapa yang belum kenal dengan sifat perjuangan perlu meneliti dan mengulangkaji semula pendiriam sebelum tiba waktu cubaan atau berlaku seseuatu yang di luar dugaan.
# Sebaik-baik muhasabah diri adalah merenung kelemahan, kekurangan dan dosa-dosa lalu dengan penuh istigfar dan bersyukur kerana masih diberi waktu untuk bertaubat.
Nantikan sambungan bahagian kedua......
- peringatan buat diriku yang lupa -

0 comments:
Post a Comment