;

SIASAH SYAR’IYYAH : Satu Pengenalan

Persoalan Siasah Syar’iyyah atau lebih dikenali dengan nama sistem politik Islam masih menjadi tanda tanya dan kesamaran dikalangan masyarakat hari ini.Ini kerana pelbagai faktor penyebab yang menjadikan bidang ilmu ini menjadi tertutup atau terhad. Antaranya ia merupakan bidang ilmu yang baru di kalangan ulama’ Syariah dalam erti kata penggunaan istilah "Siasah Syar’iyyah" walaupun isi kandungannya telah mula wujud seiring dengan kedatangan Islam di muka bumi.

Selain daripada faktor di atas, masalah ilmu ini juga hanya diperbincangkan atau dikemukakan dalam kuliah-kuliah akademik di universiti-universiti atau perbincangan terbatas di kalangan intelektual dalam bidang ini sahaja. Hal ini menyebabkan ilmu atau isu ini menjadi semakin sempit dalam lingkungan yang terhad sebagai teori-teori warisan Islam yang hanya dibukukan tanpa sebarang bentuk perlaksanaan.

Rentetan daripada itu, penulis cuba mengajak semua pembaca ruangan ini untuk berkongsi maklumat dan buah fikiran tentang tajuk yang dikemukakan dengan lebih dekat lagi bagi mendapatkan maklumat awal tentang perkara ini berdasarkan pandangan Islam.

Sebelum kajian dilalui dengan lebih jauh lagi, beberapa persoalan perlu ditujukan untuk difikirkan bersama, antaranya :-


1. Adakah di dalam Islam satu sistem yang dinamakan sistem politik?

2. Bagaimanakah bentuk Sistem Politik dalam Islam ?

3. Adakah layak Sistem Politik Islam dilaksanakan pada zaman sekarang sebagai ganti kepada sistem yang ada yang tidak mampu menyelesaikan masalah umat sejagat dan tidak menegakkan keadilan bersama?


Inilah diantara persoalan yang ingin kita bincangkan dan difikirkan bersama melalui siri pengenalan ini atau di siri-siri akan datang. Sebagai permulaan kepada persoalan di atas ialah Islam merupakan agama yang lengkap kerana ianya berasaskan ketuhanan (Rabbani) yang datang daripada Allah S.W.T yang bersifat dengan segala kesempurnaan dan tidak bersifat dengan kekurangan. Inilah yang dikatakan Islam salah satu agama samawi yang datangnya daripada Allah Ta’ala yang merangkumi dua kandungan yang penting didalamnya iaitu Aqidah (asas-asas keimanan) dan Syariat (peraturan-peraturan atau hukum-hukum). Oleh kerana itu, Islam yang disifatkan sedemikian rupa sesuai dilaksanakan di setiap tempat dan masa. Maka dakwaan terhadap ketiadaan Sistem politik Islam merupakan dakwaan yang salah dan tidak berasas kerana membuat tuduhan bahawa Islam agama yang tidak sempurna. Ini bertentangan dengan firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud :

" Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu,dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu,dan telah KuRedhai Islam itu menjadi agama bagimu" ( Al-Maidah : 3 ).


Pengertian SIASAH SYAR’IYYAH

Siasah Syar’iyyah merupakan perkataan Arab yang terdiri daripada dua perkataan iaitu Siasah dan Syar’iyyah yang mana perkataan kedua merupakan sifat kepada yang pertama. Dari segi bahasa, Siasah merupakan kata asal (masdar) bagi perbuatan "saasa" yang membawa maksud : mengepalai atau mengetuai sesebuah masyarakat. Manakala Syar’iyyah merupakan perkataan yang dikembalikan (dinisbahkan) kepada Syara’ yang bermakna jalan dari segi bahasa. Akan tetapi perkataan ini lebih tertumpu kepada segala apa yang disyariatkan oleh Allah Ta’ala melalui Rasul-rasulnya seperti aqidah, akhlak dan hukum-hakam dalam kehidupan.

Seperti yang dikatakan di permulaan tadi , istilah Siyasah Syar’iyyah merupakan antara istilah yang baru di kalangan ‘ulama. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai takrif tentang perkataan ini namun semuanya itu menuju kearah maksud yang sama iaitu suatu perbincangan ilmu atau sistem yang menekankan soal pentadbiran serta pengurusan sesebuah negara berlandaskan atau mengikut segala apa yang telah disyariatkan oleh Allah Ta'ala dan rasulNya.

Antara kata-kata ulama’ dalam menjelaskan maksud Siyasah Syar’iyyah sepertimana yang ditulis oleh Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah dalam bukunya yang berjudul "At-Turuk Al-Hukmiyyah fi As-Siasah Asy-Syar’iyyah" termasuklah kata-kata Imam Asy-Syafie’ yang menyebut bahawa : "Tiada politik (siasah) melainkan yang berlandaskan Syara’". Selain itu,berkata juga Ibn-Uqoil (salah seorang ulama’ dalam mazhab Hanbali) : "Politik dalam Islam tertumpu kepada semua perbuatan yang mana ianya menyebabkan manusia lebih dekat kepada kebaikan atau maslahah dan menjauhkan mereka daripada kebinasaan, walaupun ianya tidak diletakkan oleh Nabi atau tidak diturunkan padanya wahyu (tidak termaktub di dalam nas)".

Melalui cebisan kata-kata ulama’ tadi, dapat disimpulkan bahawa kewujudan Sistem Politik Islam bermatlamatkan kepada menegakkan keadilan di muka bumi dengan asas "kemaslahatan" atau "menjauhkan keburukan dan mendatangkan kebaikan". Perbincangan ini jugalah yang disebut oleh Imam Ibn-Qayyim Al-Jauziyyah tentang pembahagian secara umum dalam Siasah iaitu dengan mengatakan bahawa Siasah (politik) terbahagi kepada dua; pertama: Siasah yang berasaskan keadilan yang merupakan sebahagian daripada Syariat Islam dan yang kedua merupakan Siasah yang berasaskan kezaliman yang perlu dijauhkan serta diharamkan oleh syara’ keatasnya.

Demikian tadi beberapa isi penting dalam pengertian Siasah Syar’iyyah. Walaupun ianya merupakan suatu istilah yang baru, namun kewujudan isi kandungannya telah lama bertapak di muka bumi semenjak lahirnya Islam. Hal ini dapat dilihat melalui pengutusan Nabi Muhammad sebagai Rasul yang terakhir di kalangan utusan-utusan Allah yang mana diperintahkan sebagai nabi, ketua negara dan pemimpin umat dengan tertegaknya negara Islam yang pertama di Madinah. Kemunculan negara Islam pertama ini menunjukkan secara logiknya perlu kepada satu sistem yang unik berlandaskan Syariat dalam pentadbiran negara Islam. Maka dengan bukti sejarah tamadun Islam ini menunjukkan Islam tidak pernah melupakan sebarang aspek kehidupan bahkan ianya menyeluruh (syumul) dan saling melengkapi antara satu dengan yang lain (mutakamil).

Namun demikian , musuh-musuh Islam masih mencari jalan untuk membuat tohmahan ke atas Islam dengan mengatakan ketidaksuaian perlaksanaan sistem politik Islam kerana ianya hanya terhad kepada zaman nabi sahaja. Atau ianya ketinggalan zaman hingga menyebabkan jatuhnya Kerajaan Khilafah Uthmaniyyah. Akan tetapi kita sebagai umat Islam yang yakin dengan Islam perlu bersedia dengan mempunyai jawapan-jawapan yang bernas untuk bersedia membidas sebarang tohmahan dan dakwaan yang boleh menjatuhkan Islam. Antara jawapan tersebut ialah tiada perlaksanaan Islam bukan bererti ketidaksuaian Islam sebagai sistem politik, akan tetapi kecuaian umat Islam itu sendiri yang tidak mahu menghayati keindahan Islam dan tewas dengan dakwaan-dakwaan musuh terhadap agamanya sendiri. Selain itu, urusan-urusan pentadbiran atau amanah secara amnya diletakkan kepada bukan ahlinya yang menyebabkan ianya terbengkalai dan tidak dilaksanakan.

peringatan buat diriku yang lupa

...EXAM season...




semoga kita dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.. doakan kejayaan bersama.. ma’at taufiq wan najah fi kullu imtiham, fid dunia wal akhirah.. semoga berjaya dalam semua peperiksaan di dunia dan akhirat..

amin..

apa-apa pun, usaha dulu.. sunnatullah perlu diikut.. nak berjaya perlu belajar.. cuma yang perlu diingat.. bukan sebab belajar kita itu, kita berjaya.. tetapi Allah yang menjayakan dan menggagalkan.. redha atas ketentuan Allah adalah salah satu rukun iman.. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu yang terjadi..

usaha.. doa.. tawakal.. redha..

“…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

(Surah al-Baqarah [2]:216)

ya Allah, Engkau lebih mengetahui apa yang tidak kami ketahui.. dan Engkau tidak pernah dan tidak akan menzalimi hamba-hambaMu walau sebesar zarah sekalipun.. dan sungguh, segala yang telah Kau susunkan untuk kami adalah yang terbaik untuk kami.. telah dibentang dua jalan.. maka kamilah yang memilih jalan kami.. maka bantulah kami.. bimbinglah kami.. tunjukkanlah kami.. satu jalan.. yakni jalan yang lurus.. jalan orang yang Kau beri nikmat.. bukan jalan orang yang Kau murkai.. dan bukan jua jalan orang-orang yang sesat..

amin..

“Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.”

(Surah an-Nisa’ [4]:40)

Allahumma yassir wa la tu’assir ya Kareem.. ya Allah, permudahkanlah dan janganlah Engkau menyukarkan, wahai Tuhan Yang Maha Mulia..

amin..

doakan kejayaan bersama..ya Allah, jadikan kami terdiri dari golongon orang-orang yang berjaya, cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam setiap ujian dan peperiksaan di dunia dan di akhirat..

Allahumma ja’alana minan najihin wal faizin wal mumtazin wal mutafawwiqin fi kulli imtihan wal ikhtibarat fid dunia wal akhirah..

amin..


peringatan buat diriku yang lupa

NERAKA UMAT NABI SAW ADALAH DI PINTU KE 7 (PALING DALAM)

Bismilahirohmanirohim...

Paling Menakutkan & Paling Mengerikan

Tahukah anda di mana tempat yang paling menakutkan, paling mengerikan dan bakal membaham jutaan manusia ? Jika kita tidak sentiasa berhati-hati, maka kita juga tidak akan terkecuali daripada menjadi mangsanya.

Kita semua tahu tempat itu, tetapi tidak ramai yang berjaga-jaga dan bersedia untuk mengelaknya. Masih ramai yang ambil mudah, buat endah tak endah dan ada juga yang bercakap besar serta mempersendakannya.

Tempat itu adalah Neraka ! Dan tidak ada tempat lain yang lebih menakutkan daripadanya. Jika hendak dibandingkan Kematian, Azab semasa Sakaratul Maut, Siksa Kubur, Bencana Kiamat, Hisab di Padang Mahsyar, Meniti Titian Sirot dll, yang mana semua ini sudah amat dahsyat dan tidak akan terbayang oleh akal manusia sekalipun yang bergelar 'Super Duper Genius' sekalipun cuba memikirkannya. Maka lebih dahsyat lagi Neraka dan siksaan-siksaan yang bakal dihadapi di sana.


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik r.a. berkata : Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dan dalam keadaan berubah mukanya,

Maka ditanya oleh nabi s.a.w.: Mengapa aku melihat kau berubah muka ?

Jawabnya : Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikhabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa Neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya...

Lalu nabi s.a.w. bersabda : Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam

Jawabnya : Ya, ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat disiksa, nescaya akan terbakar juga orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.

Nabi s.a.w. bertanya : Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami ?

Jawabnya : Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda
( nota - bermakna bahagian yang lebih bawah adalah lebih panas )

Tanya Rasulullah s.a.w. : Siapakah penduduk masing-masing pintu ?

Jawab Jibrail :
Pintu yang terbawah untuk Orang-Orang Munafik, dan orang-orang yang Kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat Orang-Orang Musyrikin bernama Jahim

Pintu ketiga tempat Orang-Orang Shobi'in bernama Saqar

Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari Kaum Majusi bernama Ladha

Pintu kelima Orang-Orang Yahudi bernama Huthomah

Pintu keenam tempat Orang-Orang Nasara bernama Sa'eir

Kemudian Jibrail diam, segan pada Rasulullah s.a.w.
Sehingga ditanya : Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh ?

Jawabnya : Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat

Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar, Nabi s.a.w bersabda : 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam Neraka ?

Jawabnya : Ya, iaitu orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang, Baginda selalu menangis dan berdoa kepada Allah.

Pengajaran :
  1. Marilah kita semua bertaubat kepada Allah swt di atas segala maksiat hati, maksiat anggota badan dan maksiat iman yang telah kita lakukan.
  2. sentiasa ingat bahawa sesungguhnya solat itu adalah perkara pertama yang akan ditanyakan oleh Allah s.w.t namun, walaupun kita sentiasa menjaga solat di dunia ini, ingatlah sahabat-sahabat bahawasanya jika solat kita cacat maka cacatlah hubungan kita dengan Allah s.w.t maka, teruklah keputusan kita pabila diperjalankan di padang mahsyar kelak.
  3. jika solat itu cacat, jangan ditanya lagi mengapa kita mudah melakukan maksiat hati dan anggota badan dan sebagainya.
Wallahua'alam...

...pelajar SEKOLAH...



KULIM: Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk berasmara dengan teman lelakinya di rumah keluarganya di Taman Angsana di sini, kelmarin.

Difahamkan, pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini, mengajak teman lelakinya berusia 21 tahun ke rumah ketika ibu bapanya bekerja.

Bagaimanapun, keseronokan pasangan itu terbantut apabila kedua-duanya dicekup dalam keadaan bogel di atas katil dalam bilik pelajar itu oleh sekumpulan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) kira-kira jam 12 tengah hari.

Penolong Pegawai Agama PADK, Azmi Abdul Rejab, berkata pihaknya bertindak atas aduan bapa saudara pelajar terbabit selepas mendapat maklumat daripada jiran mengenai kegiatan maksiat di situ.

“Kami bersama bapa saudara pelajar itu ke rumah berkenaan sebelum mendapati pintu tutup dan jeriji dikunci.

“Bapa saudaranya mempunyai kunci pintu jeriji itu dan sebaik memasuki rumah kami terkejut mendapati remaja berkenaan berbogel bersama teman lelakinya di atas katil,” katanya.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di Taman Serai Setia, Padang Serai, dua remaja berusia 15 dan 16 tahun dicekup ketika berdua-duaan di rumah remaja lelaki berusia 16 tahun itu.

Azmi berkata, dalam serbuan kira-kira jam 4 petang itu, kedua-duanya ditahan ketika duduk di sofa rumah berkenaan.

“Soal siasat mendapati remaja perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah di Butterworth, Pulau Pinang itu tidak pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan sebaliknya mengikut teman lelaki pulang ke rumahnya di Padang Serai.

“Remaja lelaki itu mengambil kesempatan mengajak teman wanitanya ke rumah ketika kakaknya keluar bekerja,” katanya.


--------------------------------------------------

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adl suatu perbuatan yg keji dan suatu jalan yg buruk.” . Membaca memahami dan merenungkan ayat ini kemudian melihat kenyataan dalam hidup masyarakat kita saat ini sungguh akan membuat kita merinding dan malu. Bagaimana tidak? Salah satu dosa besar yg dimurkai Allah telah menjadi hal yg biasa dilakukan sebagian masyarakat kita tanpa malu-malu dan rasa takut. Segala pintu dan sarana pendukung menuju ke arah perbuatan zina tersebar luas dgn sangat bluasa tanpa hambatan yg bererti.

Alat propaganda zina demikian luas jaringan dan jangkauannya ditambah lagi dgn harga yg murah mulai dari bacaan harian mingguan tabloid majalah tayangan-tayangan televisyen vcd-vcd nista yg berhamburan di pasar-pasar terbuka yg kesemuanya itu dapat diakses oleh siapa pun juga. Protes-protes dan demonstrasi yg sering terjadi yg menentang hal-hal seperti ini hanya ditanggapi dingin oleh pemerintah beserta aparat berwenang. Mereka lbh sibuk mengurus diri mereka sendiri. Mereka siap menggadaikan moral bangsa ini dgn segepok dolar atau sedikit julukan modern.

Bahkan iklan-iklan yg menyerukan masyarakat utk menghindari AIDS pun tidak kalah hebatnya dalam melegalkan perzinaan. Bukannya melarang dan mencegah orang dari zina agar terhindar dari AIDS malah dgn gayanya secara tidak langsung telah mengatakan salahkan berzina tapi pakailah kondom. Apakah kondom memang dapat mencegah AIDS? Tidak ada sebagian doktor yg telah meneliti mengatakan bahwa ternyata pori-pori kondom jauh lbh besar dari virus HIV. Hal ini hanya dapat dilihat dgn alat khusus. Hanya satu cara aman dari AIDS iaitu hindari dan jauhi zina.

Ayat di atas melarang kita utk mendekati zina. Ertinya segala hal yg merupakan jalan menuju perzinaan harus kita jauhi apalagi zinanya sendiri tentunya lbh wajib kita jauhi. Perlu juga kita sadari bahwa segala keterbukaan dan kebebasan yg salah ini pasti menimbulkan akibat yg tidak ringan pada masyarakat kita. Suatu keburukan akan lbh cepat menular dibanding kebaikan. Sudah sangat banyak terjadi pelecehan seksual terhadap anak-anak remaja dan wanita dewasa yg merupakan nampak dari nafsu brahi yg terpancing oleh segala hal-hal yg menggiring orang utk berzina. Betapa banyak rumah tangga yg hancur berantakan gara-gara zina yg tidak hanya mengorbankan suami istri tetapi juga anak-anak mereka. Korban-korban perkosaan dan pelecehan akan membawa aib seumur hidup sementara pelakunya hanya dihukum dalam hitungan tahun atau bulan yg ringan.

Banyak sekali keburukan dan kerugian zina baik secara materi psikologi agama moral sosial dan keluarga serta lain-lainnya. Masalahnya sekarang apakah kita mahu belajar dari peristiwa-peristiwa yg telah lalu utk menghindari zina? Bukankah Allah telah menghalalkan pernikahan? Bahkan dihalalkan menikah sampai empat orang istri? Tetapi anehnya kebanyakan masyarakat kita justru memandang jelek terhadap orang yg berpoligami dan memandang orang yg berzina melacur dan sejenisnya biasa-biasa saja seakan-akan hal itu halal-halal saja. Subhaanallah kita harus segera introspeksi diri dan taubat sebelum Allah menurunkan azab-Nya. Sekarang memang sudah serba terbalik. Yang haram dianggap halal dan yg halal dianggap haram. Na’uudzu billah.

peringatan buat diriku yang lupa

...cinta ANTA ANTI...

PART 1



PART 2



peringatan buat diriku yang lupa