;

SIASAH SYAR’IYYAH : Satu Pengenalan

Persoalan Siasah Syar’iyyah atau lebih dikenali dengan nama sistem politik Islam masih menjadi tanda tanya dan kesamaran dikalangan masyarakat hari ini.Ini kerana pelbagai faktor penyebab yang menjadikan bidang ilmu ini menjadi tertutup atau terhad. Antaranya ia merupakan bidang ilmu yang baru di kalangan ulama’ Syariah dalam erti kata penggunaan istilah "Siasah Syar’iyyah" walaupun isi kandungannya telah mula wujud seiring dengan kedatangan Islam di muka bumi.

Selain daripada faktor di atas, masalah ilmu ini juga hanya diperbincangkan atau dikemukakan dalam kuliah-kuliah akademik di universiti-universiti atau perbincangan terbatas di kalangan intelektual dalam bidang ini sahaja. Hal ini menyebabkan ilmu atau isu ini menjadi semakin sempit dalam lingkungan yang terhad sebagai teori-teori warisan Islam yang hanya dibukukan tanpa sebarang bentuk perlaksanaan.

Rentetan daripada itu, penulis cuba mengajak semua pembaca ruangan ini untuk berkongsi maklumat dan buah fikiran tentang tajuk yang dikemukakan dengan lebih dekat lagi bagi mendapatkan maklumat awal tentang perkara ini berdasarkan pandangan Islam.

Sebelum kajian dilalui dengan lebih jauh lagi, beberapa persoalan perlu ditujukan untuk difikirkan bersama, antaranya :-


1. Adakah di dalam Islam satu sistem yang dinamakan sistem politik?

2. Bagaimanakah bentuk Sistem Politik dalam Islam ?

3. Adakah layak Sistem Politik Islam dilaksanakan pada zaman sekarang sebagai ganti kepada sistem yang ada yang tidak mampu menyelesaikan masalah umat sejagat dan tidak menegakkan keadilan bersama?


Inilah diantara persoalan yang ingin kita bincangkan dan difikirkan bersama melalui siri pengenalan ini atau di siri-siri akan datang. Sebagai permulaan kepada persoalan di atas ialah Islam merupakan agama yang lengkap kerana ianya berasaskan ketuhanan (Rabbani) yang datang daripada Allah S.W.T yang bersifat dengan segala kesempurnaan dan tidak bersifat dengan kekurangan. Inilah yang dikatakan Islam salah satu agama samawi yang datangnya daripada Allah Ta’ala yang merangkumi dua kandungan yang penting didalamnya iaitu Aqidah (asas-asas keimanan) dan Syariat (peraturan-peraturan atau hukum-hukum). Oleh kerana itu, Islam yang disifatkan sedemikian rupa sesuai dilaksanakan di setiap tempat dan masa. Maka dakwaan terhadap ketiadaan Sistem politik Islam merupakan dakwaan yang salah dan tidak berasas kerana membuat tuduhan bahawa Islam agama yang tidak sempurna. Ini bertentangan dengan firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud :

" Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu,dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu,dan telah KuRedhai Islam itu menjadi agama bagimu" ( Al-Maidah : 3 ).


Pengertian SIASAH SYAR’IYYAH

Siasah Syar’iyyah merupakan perkataan Arab yang terdiri daripada dua perkataan iaitu Siasah dan Syar’iyyah yang mana perkataan kedua merupakan sifat kepada yang pertama. Dari segi bahasa, Siasah merupakan kata asal (masdar) bagi perbuatan "saasa" yang membawa maksud : mengepalai atau mengetuai sesebuah masyarakat. Manakala Syar’iyyah merupakan perkataan yang dikembalikan (dinisbahkan) kepada Syara’ yang bermakna jalan dari segi bahasa. Akan tetapi perkataan ini lebih tertumpu kepada segala apa yang disyariatkan oleh Allah Ta’ala melalui Rasul-rasulnya seperti aqidah, akhlak dan hukum-hakam dalam kehidupan.

Seperti yang dikatakan di permulaan tadi , istilah Siyasah Syar’iyyah merupakan antara istilah yang baru di kalangan ‘ulama. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai takrif tentang perkataan ini namun semuanya itu menuju kearah maksud yang sama iaitu suatu perbincangan ilmu atau sistem yang menekankan soal pentadbiran serta pengurusan sesebuah negara berlandaskan atau mengikut segala apa yang telah disyariatkan oleh Allah Ta'ala dan rasulNya.

Antara kata-kata ulama’ dalam menjelaskan maksud Siyasah Syar’iyyah sepertimana yang ditulis oleh Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah dalam bukunya yang berjudul "At-Turuk Al-Hukmiyyah fi As-Siasah Asy-Syar’iyyah" termasuklah kata-kata Imam Asy-Syafie’ yang menyebut bahawa : "Tiada politik (siasah) melainkan yang berlandaskan Syara’". Selain itu,berkata juga Ibn-Uqoil (salah seorang ulama’ dalam mazhab Hanbali) : "Politik dalam Islam tertumpu kepada semua perbuatan yang mana ianya menyebabkan manusia lebih dekat kepada kebaikan atau maslahah dan menjauhkan mereka daripada kebinasaan, walaupun ianya tidak diletakkan oleh Nabi atau tidak diturunkan padanya wahyu (tidak termaktub di dalam nas)".

Melalui cebisan kata-kata ulama’ tadi, dapat disimpulkan bahawa kewujudan Sistem Politik Islam bermatlamatkan kepada menegakkan keadilan di muka bumi dengan asas "kemaslahatan" atau "menjauhkan keburukan dan mendatangkan kebaikan". Perbincangan ini jugalah yang disebut oleh Imam Ibn-Qayyim Al-Jauziyyah tentang pembahagian secara umum dalam Siasah iaitu dengan mengatakan bahawa Siasah (politik) terbahagi kepada dua; pertama: Siasah yang berasaskan keadilan yang merupakan sebahagian daripada Syariat Islam dan yang kedua merupakan Siasah yang berasaskan kezaliman yang perlu dijauhkan serta diharamkan oleh syara’ keatasnya.

Demikian tadi beberapa isi penting dalam pengertian Siasah Syar’iyyah. Walaupun ianya merupakan suatu istilah yang baru, namun kewujudan isi kandungannya telah lama bertapak di muka bumi semenjak lahirnya Islam. Hal ini dapat dilihat melalui pengutusan Nabi Muhammad sebagai Rasul yang terakhir di kalangan utusan-utusan Allah yang mana diperintahkan sebagai nabi, ketua negara dan pemimpin umat dengan tertegaknya negara Islam yang pertama di Madinah. Kemunculan negara Islam pertama ini menunjukkan secara logiknya perlu kepada satu sistem yang unik berlandaskan Syariat dalam pentadbiran negara Islam. Maka dengan bukti sejarah tamadun Islam ini menunjukkan Islam tidak pernah melupakan sebarang aspek kehidupan bahkan ianya menyeluruh (syumul) dan saling melengkapi antara satu dengan yang lain (mutakamil).

Namun demikian , musuh-musuh Islam masih mencari jalan untuk membuat tohmahan ke atas Islam dengan mengatakan ketidaksuaian perlaksanaan sistem politik Islam kerana ianya hanya terhad kepada zaman nabi sahaja. Atau ianya ketinggalan zaman hingga menyebabkan jatuhnya Kerajaan Khilafah Uthmaniyyah. Akan tetapi kita sebagai umat Islam yang yakin dengan Islam perlu bersedia dengan mempunyai jawapan-jawapan yang bernas untuk bersedia membidas sebarang tohmahan dan dakwaan yang boleh menjatuhkan Islam. Antara jawapan tersebut ialah tiada perlaksanaan Islam bukan bererti ketidaksuaian Islam sebagai sistem politik, akan tetapi kecuaian umat Islam itu sendiri yang tidak mahu menghayati keindahan Islam dan tewas dengan dakwaan-dakwaan musuh terhadap agamanya sendiri. Selain itu, urusan-urusan pentadbiran atau amanah secara amnya diletakkan kepada bukan ahlinya yang menyebabkan ianya terbengkalai dan tidak dilaksanakan.

peringatan buat diriku yang lupa

...EXAM season...




semoga kita dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.. doakan kejayaan bersama.. ma’at taufiq wan najah fi kullu imtiham, fid dunia wal akhirah.. semoga berjaya dalam semua peperiksaan di dunia dan akhirat..

amin..

apa-apa pun, usaha dulu.. sunnatullah perlu diikut.. nak berjaya perlu belajar.. cuma yang perlu diingat.. bukan sebab belajar kita itu, kita berjaya.. tetapi Allah yang menjayakan dan menggagalkan.. redha atas ketentuan Allah adalah salah satu rukun iman.. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu yang terjadi..

usaha.. doa.. tawakal.. redha..

“…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

(Surah al-Baqarah [2]:216)

ya Allah, Engkau lebih mengetahui apa yang tidak kami ketahui.. dan Engkau tidak pernah dan tidak akan menzalimi hamba-hambaMu walau sebesar zarah sekalipun.. dan sungguh, segala yang telah Kau susunkan untuk kami adalah yang terbaik untuk kami.. telah dibentang dua jalan.. maka kamilah yang memilih jalan kami.. maka bantulah kami.. bimbinglah kami.. tunjukkanlah kami.. satu jalan.. yakni jalan yang lurus.. jalan orang yang Kau beri nikmat.. bukan jalan orang yang Kau murkai.. dan bukan jua jalan orang-orang yang sesat..

amin..

“Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.”

(Surah an-Nisa’ [4]:40)

Allahumma yassir wa la tu’assir ya Kareem.. ya Allah, permudahkanlah dan janganlah Engkau menyukarkan, wahai Tuhan Yang Maha Mulia..

amin..

doakan kejayaan bersama..ya Allah, jadikan kami terdiri dari golongon orang-orang yang berjaya, cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam setiap ujian dan peperiksaan di dunia dan di akhirat..

Allahumma ja’alana minan najihin wal faizin wal mumtazin wal mutafawwiqin fi kulli imtihan wal ikhtibarat fid dunia wal akhirah..

amin..


peringatan buat diriku yang lupa

NERAKA UMAT NABI SAW ADALAH DI PINTU KE 7 (PALING DALAM)

Bismilahirohmanirohim...

Paling Menakutkan & Paling Mengerikan

Tahukah anda di mana tempat yang paling menakutkan, paling mengerikan dan bakal membaham jutaan manusia ? Jika kita tidak sentiasa berhati-hati, maka kita juga tidak akan terkecuali daripada menjadi mangsanya.

Kita semua tahu tempat itu, tetapi tidak ramai yang berjaga-jaga dan bersedia untuk mengelaknya. Masih ramai yang ambil mudah, buat endah tak endah dan ada juga yang bercakap besar serta mempersendakannya.

Tempat itu adalah Neraka ! Dan tidak ada tempat lain yang lebih menakutkan daripadanya. Jika hendak dibandingkan Kematian, Azab semasa Sakaratul Maut, Siksa Kubur, Bencana Kiamat, Hisab di Padang Mahsyar, Meniti Titian Sirot dll, yang mana semua ini sudah amat dahsyat dan tidak akan terbayang oleh akal manusia sekalipun yang bergelar 'Super Duper Genius' sekalipun cuba memikirkannya. Maka lebih dahsyat lagi Neraka dan siksaan-siksaan yang bakal dihadapi di sana.


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik r.a. berkata : Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dan dalam keadaan berubah mukanya,

Maka ditanya oleh nabi s.a.w.: Mengapa aku melihat kau berubah muka ?

Jawabnya : Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikhabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa Neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya...

Lalu nabi s.a.w. bersabda : Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam

Jawabnya : Ya, ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat disiksa, nescaya akan terbakar juga orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.

Nabi s.a.w. bertanya : Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami ?

Jawabnya : Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda
( nota - bermakna bahagian yang lebih bawah adalah lebih panas )

Tanya Rasulullah s.a.w. : Siapakah penduduk masing-masing pintu ?

Jawab Jibrail :
Pintu yang terbawah untuk Orang-Orang Munafik, dan orang-orang yang Kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat Orang-Orang Musyrikin bernama Jahim

Pintu ketiga tempat Orang-Orang Shobi'in bernama Saqar

Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari Kaum Majusi bernama Ladha

Pintu kelima Orang-Orang Yahudi bernama Huthomah

Pintu keenam tempat Orang-Orang Nasara bernama Sa'eir

Kemudian Jibrail diam, segan pada Rasulullah s.a.w.
Sehingga ditanya : Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh ?

Jawabnya : Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat

Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar, Nabi s.a.w bersabda : 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam Neraka ?

Jawabnya : Ya, iaitu orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang, Baginda selalu menangis dan berdoa kepada Allah.

Pengajaran :
  1. Marilah kita semua bertaubat kepada Allah swt di atas segala maksiat hati, maksiat anggota badan dan maksiat iman yang telah kita lakukan.
  2. sentiasa ingat bahawa sesungguhnya solat itu adalah perkara pertama yang akan ditanyakan oleh Allah s.w.t namun, walaupun kita sentiasa menjaga solat di dunia ini, ingatlah sahabat-sahabat bahawasanya jika solat kita cacat maka cacatlah hubungan kita dengan Allah s.w.t maka, teruklah keputusan kita pabila diperjalankan di padang mahsyar kelak.
  3. jika solat itu cacat, jangan ditanya lagi mengapa kita mudah melakukan maksiat hati dan anggota badan dan sebagainya.
Wallahua'alam...

...pelajar SEKOLAH...



KULIM: Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk berasmara dengan teman lelakinya di rumah keluarganya di Taman Angsana di sini, kelmarin.

Difahamkan, pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini, mengajak teman lelakinya berusia 21 tahun ke rumah ketika ibu bapanya bekerja.

Bagaimanapun, keseronokan pasangan itu terbantut apabila kedua-duanya dicekup dalam keadaan bogel di atas katil dalam bilik pelajar itu oleh sekumpulan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) kira-kira jam 12 tengah hari.

Penolong Pegawai Agama PADK, Azmi Abdul Rejab, berkata pihaknya bertindak atas aduan bapa saudara pelajar terbabit selepas mendapat maklumat daripada jiran mengenai kegiatan maksiat di situ.

“Kami bersama bapa saudara pelajar itu ke rumah berkenaan sebelum mendapati pintu tutup dan jeriji dikunci.

“Bapa saudaranya mempunyai kunci pintu jeriji itu dan sebaik memasuki rumah kami terkejut mendapati remaja berkenaan berbogel bersama teman lelakinya di atas katil,” katanya.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di Taman Serai Setia, Padang Serai, dua remaja berusia 15 dan 16 tahun dicekup ketika berdua-duaan di rumah remaja lelaki berusia 16 tahun itu.

Azmi berkata, dalam serbuan kira-kira jam 4 petang itu, kedua-duanya ditahan ketika duduk di sofa rumah berkenaan.

“Soal siasat mendapati remaja perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah di Butterworth, Pulau Pinang itu tidak pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan sebaliknya mengikut teman lelaki pulang ke rumahnya di Padang Serai.

“Remaja lelaki itu mengambil kesempatan mengajak teman wanitanya ke rumah ketika kakaknya keluar bekerja,” katanya.


--------------------------------------------------

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adl suatu perbuatan yg keji dan suatu jalan yg buruk.” . Membaca memahami dan merenungkan ayat ini kemudian melihat kenyataan dalam hidup masyarakat kita saat ini sungguh akan membuat kita merinding dan malu. Bagaimana tidak? Salah satu dosa besar yg dimurkai Allah telah menjadi hal yg biasa dilakukan sebagian masyarakat kita tanpa malu-malu dan rasa takut. Segala pintu dan sarana pendukung menuju ke arah perbuatan zina tersebar luas dgn sangat bluasa tanpa hambatan yg bererti.

Alat propaganda zina demikian luas jaringan dan jangkauannya ditambah lagi dgn harga yg murah mulai dari bacaan harian mingguan tabloid majalah tayangan-tayangan televisyen vcd-vcd nista yg berhamburan di pasar-pasar terbuka yg kesemuanya itu dapat diakses oleh siapa pun juga. Protes-protes dan demonstrasi yg sering terjadi yg menentang hal-hal seperti ini hanya ditanggapi dingin oleh pemerintah beserta aparat berwenang. Mereka lbh sibuk mengurus diri mereka sendiri. Mereka siap menggadaikan moral bangsa ini dgn segepok dolar atau sedikit julukan modern.

Bahkan iklan-iklan yg menyerukan masyarakat utk menghindari AIDS pun tidak kalah hebatnya dalam melegalkan perzinaan. Bukannya melarang dan mencegah orang dari zina agar terhindar dari AIDS malah dgn gayanya secara tidak langsung telah mengatakan salahkan berzina tapi pakailah kondom. Apakah kondom memang dapat mencegah AIDS? Tidak ada sebagian doktor yg telah meneliti mengatakan bahwa ternyata pori-pori kondom jauh lbh besar dari virus HIV. Hal ini hanya dapat dilihat dgn alat khusus. Hanya satu cara aman dari AIDS iaitu hindari dan jauhi zina.

Ayat di atas melarang kita utk mendekati zina. Ertinya segala hal yg merupakan jalan menuju perzinaan harus kita jauhi apalagi zinanya sendiri tentunya lbh wajib kita jauhi. Perlu juga kita sadari bahwa segala keterbukaan dan kebebasan yg salah ini pasti menimbulkan akibat yg tidak ringan pada masyarakat kita. Suatu keburukan akan lbh cepat menular dibanding kebaikan. Sudah sangat banyak terjadi pelecehan seksual terhadap anak-anak remaja dan wanita dewasa yg merupakan nampak dari nafsu brahi yg terpancing oleh segala hal-hal yg menggiring orang utk berzina. Betapa banyak rumah tangga yg hancur berantakan gara-gara zina yg tidak hanya mengorbankan suami istri tetapi juga anak-anak mereka. Korban-korban perkosaan dan pelecehan akan membawa aib seumur hidup sementara pelakunya hanya dihukum dalam hitungan tahun atau bulan yg ringan.

Banyak sekali keburukan dan kerugian zina baik secara materi psikologi agama moral sosial dan keluarga serta lain-lainnya. Masalahnya sekarang apakah kita mahu belajar dari peristiwa-peristiwa yg telah lalu utk menghindari zina? Bukankah Allah telah menghalalkan pernikahan? Bahkan dihalalkan menikah sampai empat orang istri? Tetapi anehnya kebanyakan masyarakat kita justru memandang jelek terhadap orang yg berpoligami dan memandang orang yg berzina melacur dan sejenisnya biasa-biasa saja seakan-akan hal itu halal-halal saja. Subhaanallah kita harus segera introspeksi diri dan taubat sebelum Allah menurunkan azab-Nya. Sekarang memang sudah serba terbalik. Yang haram dianggap halal dan yg halal dianggap haram. Na’uudzu billah.

peringatan buat diriku yang lupa

...cinta ANTA ANTI...

PART 1



PART 2



peringatan buat diriku yang lupa

...cuba TEKA...

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam-macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.

Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya.

Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan." Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,"Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan. Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi. "

Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.

"Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu."

Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik-beradik yang lain.

Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.

"Hoi monyet...senyaplah. .. pengkhianat! " Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami."

"Selamatkan adik kami yang kelemasan."

Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kununnya tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik kami yang kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan... adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik....

Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.
~siapa di sebalik watak2 yang terlibat dalam cerita di atas?
+ adik perempuan itu bernama
+ adik lelaki itu bernama
+ abang-abang itu
+ adik-adik yang senyap itu
+ adik-adik yang berdarah muda itu
+ mesyuarat itu pula ada
+ bapa yang mati adalah

Wallahu'alam.



"Kejahatan yang dibuat lalu menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur" ~ sabda Rasulullah saw ~

...AMA ZILNA...

Approaching God with our hearts
No fear nor grief for whom He guides
His rope is strong and will never waver
His provision is there for all who are in need

In every place, at every time
Above you is The Glorious Caretaking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves you and will never forget you

Do we know our Lord?
Do we see our Lord's blessings?
Do we know our Lord?
Do we thank Him... or have we forgotten..
that His servants... we are

In His Dominion we exist for as long as He wills
And we call upon His bounty through prayer
And seek His favors through hope
For He is our refuge when difficulty strengthens its hold

In every place, at every time
Above you is a Gloriouscare Taking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves and will never forget you

Do we know our Lord? Do we see our Lord's blessings?
Do we know our Lord? Do we thank Him... or have we forgotten..
that His servants... we are

My heart is Allah's, My soul is Allah's
My wealth is Allah's



peringatan buat diriku yang lupa

...tangan yang MEMBERI...

Siti Fatimah, isteri Saiyidina Ali didatangi seorang peminta sedekah. Ketika itu Saiyidina Ali mempunyai 50 dirham. Setelah menerima wang, pengemis itu pun balik. Di tengah jalan, Saiyidina Ali bertanya berapa banyak yang diberi oleh Saidatina Fatimah. Apabila diberitahu 25 dirham, Saiyidina Ali menyuruh pengemis itu pergi sekali lagi ke rumahnya. Pengemis itu pun pergi dan Fatimah memberikan baki 25 dirham kepada pengemis itu.

Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saiyidina Ali dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan dan ingin menjualkan untanya. Saiyidina Ali tanpa berlengah menyatakan kesanggupan untuk membelinya, meskipun ketika itu dia tidak berwang. Dia berjanji akan membayar harga unta itu dalam masa beberapa hari.

Dalam perjalanan pulang, Saiyidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Saiyidina Ali pun menjualkan unta itu kepada orang itu. Setelah mendapat wang, Saiyidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta.

Beberapa hari kemudian, Rasulullah s.a.w. berjumpa Saiyidina Ali lalu bertanya "Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?" Apabila Saiyidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang menjual itu ialah Jibril dan yang membelinya ialah Mikail.


Moral & Iktibar

Allah membalas atau memberi ganjaran berlipat ganda jika kita menolong orang yang dalam kesusahan.

Memberikan bantuan kepada orang yang susah merupakan satu aset yang balasannya akan diterima di dunia lagi.

Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan.

Keyakinan kepada balasan baik Allah merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

peringatan buat diriku yang lupa

RACUN media, BARAH ummat

Amaran: artikel ini penuh dengan unsur sinikal dan ironi, sekiranya anda tidak dapat menerima hakikat, anda dinasihatkan tidak membacanya.



Ayah saya pernah ditanya, mengapa tidak mahu melanggan Astro? Ayah saya menjawab, ‘Channel yang ada ini pun korang tak bergerak’. Jawapan yang mudah, ringkas dan padat. Siaran yang sedia ada menyebabkan ramai daripada adik-beradik saya tidak mahu meninggalkan peti televisyen barang sekejap, apalagi untuk mengalihkan pandangan. Ketika itu saya masih di bangku sekolah, sudah ada lebih daripada lima siaran televisyen, kini dengan Astro, lima siaran televisyen ini menjadi singgahan semata-mata kerana banyaknya pilihan yang lebih menarik yang lain.

Begitulah betapa banyaknya lambakan pilihan siaran hiburan kita hari ini. Meski kita masih belum mencapai taraf negara maju seperti negara-negara G7, namun siaran televisyen kita mungkin sudah setaraf dengan mereka, atau lebih lagi. Namun saya secara jujurnya boleh mengira berapa banyak daripada siaran ini tadi memberi manfaat. Andaikata ada yang ingin berdebat dengan saya tentang isu ini, saya sanggup membuat statistik siaran yang bermanfaat dengan tidak.

Hiburan yang kita ada hari ini tidak dapat lari daripada khayalan dan keseronokan kehidupan dunia yang fana. Saya rasa tak ramai pun yang faham apa maksud ‘fana’ ni, ramai yang menggunakannya semata-mata kerana bunyinya sedap dan sebab orang lain banyak guna. Tengoklah drama-drama Melayu kita, berapa banyak yang sebenarnya memberi manfaat, dan yang terus membuaikan kita? Dan daripada yang memberi manfaat ini pula, berapa banyak daripada pengisiannya bermanfaat? Sekalipun drama tersebut ada tema kekeluargaan, pasti ada terselit tema-tema maksiat, sosialisasi melampau, dan seumpamanya. Kepada yang akan bertanya kenapa saya perlu kecoh-kecoh, saya bertanyakan semula, apakah itu norma kehidupan masyarakat Melayu? Apakah kita sudah hilang identiti sehinggakan kita perlu mencelup drama ala barat dalam drama kita sehinggakan kita tidak mampu membezakan yang mana satu identiti Melayu dan yang mana satu identiti yang dicelup.

saya tidak menafikan bahawa media/hiburan adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak masyarakat. Alasan yang diberi ialah, kita menceritakan realiti masyarakat hari ini. Soalannya, dari mana datangnya realiti ini? Siapa yang membawanya? Kalau hari-hari drama kita asyik menceritakan tentang gadis Melayu yang terlibat dalam percintaan, cinta tiga segi, pisau cukur, seksi, dan sebagainya, adakah masyarakat tidak akan meniru? Lihatlah apabila seorang artis mula bertudung, gempar satu Malaysia dia bertudung, terus tudung tersebut dinamakan sempena namanya, dan ‘bergelimpangan’lah jasad-jasad yang memakai tudung ala artis tersebut. Tipikal bukan?

Apabila Amerika muncul dengan rancangan realiti American Idol, kita juga hendak ada Malaysian Idol, bukan satu sebutlah berapa banyak lagi yang telah kita berkiblatkan barat. Apa motif syarikat penyiaran di sebalik rancangan-rancangan seperti ini? UNTUNG! Ya, untung semata-mata. Adakah mereka menginginkan yang terbaik untuk manfaat masyarakat? TIDAK! Konsep siaran televisyen, kalau ingin cepat untung dan maju, ialah; up-to-date dengan jenis hiburan dan siarkan apa yang orang ramai suka. Dalam erti kata yang lebih mudah, siarkan atau paparkan rancangan yang pasti membawa untung!

Dadah, bermula dengan cuba-cuba, bila dah suka, hendak lagi sampai ketagih. Begitulah dengan hiburan di Malaysia ini. Kalau dirasakan pasarannya belum ada, dicuba dahulu dengan satu siaran, apabila ‘rating’ meletup, berlambaklah hiburan jenis itu akan disiarkan pada siaran televisyen tersebut, sehinggakan syarikat televisyen lain yang dapat merasakan kehangatan sambutan drama-drama luar ini, turut meniru taktik yang sama untuk menaikkan ‘rating’. Kita menjadi terhegeh-hegeh dengan drama luar negara, sedangkan di luar negara tak banyak pun drama kita yang disiarkan.

Lihat juga corak-corak siaran drama/panggung wayang di Malaysia. Contoh, bermula dengan ‘Puntianak Harum Sundal Malam’, bermula siri dramanya. Kemudian, seorang produser lain pula mengikut jejak langkah yang sama, tetapi memberikan lebih ‘power’, seterusnya, drama-drama hantu mula membanjiri siaran-siaran televisyen kita. Kemudian, drama itu akan ada watak ustaz yang akan menyelamatkan seisi kampung, tipikal. Selepas hantu ini, hantu ini, kemudian hantu ini, mana tidaknya, Malaysiakan banyak hantu, tidak cukup dengan hantu syaitan, manusia hantu pun kita banyak.

Begitulah juga dengan corak cerita yang lain. Tidak ada yang mampu mencabar minda apabila menontonnya. Anak-anak pun terdidik takut dengan hantu, tambah-tambah disergah oleh ibu-bapa yang percaya bahawa hantu mampu mendisiplinkan anak-anaknya. Adakah itu sahaja yang Islam ini praktikal? Adakah untuk menghalau hantu sahaja Islam ini gah dan kuat? Padahal Islam itu Allah turun dan amanahkan kepada manusia supaya mereka mampu memimpin manusia lainnya, kemudian mentadbir alam ini. Betapa luasnya Islam ini dengan praktikalitinya, mengapa dengan hantu syaitan sahaja yang gah? Kenapa tidak dipaparkan Islam ini mampu mengubah sosialisasi melampau remaja kita?

Televisyen hari ini ialah pengganti terbaik ibu-bapa dan ia membawa manfaat yang besar buat mereka. Apabila si ibu ingin berbuat kerja lain dan tidak mahu diganggu sedang ana menginginkan perhatian, dia akan nyalakan televisyen dan berkata kepada anaknya, ‘ha, tengok tv tu diam-diam!’ iya, mudah betul untuk menjaga anak-anak sekarang, tak hairanlah kalau sikapnya tidak lari daripada apa yang dipapar di televisyen.

Apa yang saya ingin sampaikan ialah drama-drama ini mampu untuk kita gunakan bagi menyampai mesej-mesej Islam. Kisah seperti Qamar Bani Hasyim adalah contoh terbaik, subhanAllah, walaupun saya baharu sekali menonton, terasa manfaatnya yang besar. Juga satu rancangan realiti di timur tengah, yang pernah membawa satu tajuk ‘Lau Kana Bainana’ yang bermaksud ‘Kalau Rasulullah bersama-sama dengan Kita’. Rasulullah riwayatkan bahawasanya sesiapa yang memulakan kebaikan dan orang lain mengikutnya, dia akan mendapat pahala sama seperti orang yang mengikutnya, tanpa dikurangkan sedikitpun, begitu juga sebaliknya. TANPA DIKURANGKAN SEDIKITPUN.

Kita tidak perlu meniru masyarakat barat yang mereka sendiri tidak punya identiti yang asli, sedang kita perlu bangga, bahawa masyarakat Melayu kaya dengan adat dan identitinya. Apalagi bila kita ini masyarakat yang bertunjangkan aqidah Islamiyah. Gunakan kreativiti kita untuk manfaat masyarakat yang lebih besar, yakni membawa masyarakat kembali kepada Islam sebenar.

sumber : klik sini

peringatan buat diriku yang lupa

...hilangnya permata Al-Azhar...

Tokoh ulama besar , Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, seorang ilmuan hebat di Mesir, meninggal dunia 11 Mac 2010 di Arab Saudi selepas diserang sakit jantung semasa menaiki pesawat, menurut media negara itu.



Sheikh Tantawi, seorang imam besar Al-Azhar, pusat pembelajaran Islam sunni, berada di Riyadh, Arab Saudi, bagi menghadiri satu majlis anugerah Raja Faisal, kata agensi berita rasmi Mena.

Sheikh Tantawi, 81 tahun, sedang menaiki pesawat pada awal pagi semalam apabila beliau mengalami sakit dada yang teruk dan terjatuh di tangga pesawat, kata sebuah stesen televisyen Mesir.

Imam besar Al-Azhar itu dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh, dan para doktor kemudian mengisytiharkan beliau telah meninggal dunia.

Seorang pegawai Mesir memberitahu agensi berita AFP bahawa Sheikh Tantawi meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.

Sejurus selepas mengumumkan kematian beliau, muzik sayup diperdengarkan oleh stesen televisyen Mesir dengan berlatarkan gambar-gambar Masjid Al-Azhar.

'Berita kematian beliau adalah satu kejutan yang tidak dapat diungkapkan,' kata anak imam besar itu, Amr Tantawi, kepada stesen televisyen Mesir.

'Pihak keluarga telah memutuskan bahawa Allah telah memilih beliau untuk meninggal dunia di tanah Arab Saudi, beliau akan dikebumikan di Al-Baqie', kawasan tanah perkuburan di Madinah, tambah beliau.

Sheikh Tantawi dilantik ketua Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak, pada 1996.

"siapa PENYAMBUNG jejak langkahnya?"

peringatan buat diriku yang lupa

:-)


"ANJURkanlah perkara kebaikan walaupun kita belum mampu melaksanakannya dan CEGAHlah kemungkaran itu walaupun kita belum mampu menghentikannya"

peringatan buat diriku yang lupa

DISKUSI BUKU BERSAMA USTAZ RIDUAN MOHD NOR


Ustaz Riduan Mohamad Nor (TENGAH)
Bismillahirohmanirohim...

Tarikh : 7 Mac 2010 ( Ahad )
Masa : 9.00 malam

Tempat : Pusat Motivasi At Taqwa, Taman Meru 2B,
Ipoh, PERAK.


bersama..
USTAZ RIDUAN MOHAMAD NOR.

Riduan Mohamad Nor (B.A (Hons) UM. DIP. ED. UM. M.A UKM) berasal dari Besut, Terengganu. Dilahirkan pada 1 Jun 1971. Beliau adalah pengarang beberapa buah buku antaranya ‘Pertembungan Iman dan Kufur’, ‘Peperangan Rasulullah S.A.W’, ‘Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan’, ‘ Sejarah Pemalsuan Al-Quran’, ‘Ahzab Moden dan Masa Depan Islam’, ‘Penghinaan Terhadap Rasulullah: Implikasi Hukum’, ‘Islam Liberal dan Pluralisme Agama’ dan ‘Memperingati 100 Tahun Hasan Al-Banna’.”Potret Perjuangan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad”, “tajuk-Tajuk Utama Ramadhan’ (bersama dengan Nazri Chik), ‘Sejarah Dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden’, ‘Murtad: Implikasi Hukum Dan Fenomena, ‘Makkal Sakhti:Analisa Pilihanraya 2008, ‘Duka Acheh Luka Kita’, ‘Catatan Pilu Tragedi Gempa Bumi Pakistan’.’Menggenggam Bara’ dan beberapa buah buku lagi termasuk yang belum diterbitkan seperti ‘Panduan Nuqaba’ Ceria’.

Beliau merupakan penceramah, Motivator, menyampaikan kuliah-kuliah ilmu di surau-surau dan masjid-masjid di seluruh tanah air (Masjid KLCC, Masjid Tabung Haji, Masjid Ar Rahman, Masjid Ar rahimah, Masjid Saidina Ali dan ratusan masjid yang lain) dan di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta seperti di Jabatan Kerja Raya (JKR), Maybank, Petronas, Bank Pembangunan Industri, Pejabat Kastam Di Raja Malaysia, Malaysia Airlines System (MAS), Perodua, Pusrawi, Sapura Holding dan banyak lagi.
Beliau juga pernah diundang untuk menghadiri program-program pelajar Malaysia di luar negeri antaranya di Jordan, Mesir, Syria, Indonesia dan Jepun. Selain itu, beliau juga selalu diundang untuk menjadi ahli panel forum dan pembentang kertas kerja serta wacana ilmu berkenaan isu-isu agama, sosio-politik, budaya dan sebagainya.Menjadi Pengerusi Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD)

Beliau juga merupakan aktivis bantuan kemanusiaan tanpa sempadan dengan berwadahkan Muslim Care Malaysia , sebuah NGO yang menggalang kerja-kerja kemanusiaan di dalam dan luar negara. Pernah terlibat di Acheh, Jawa Barat, Cambodia, Jogjakarta, Pakistan, Kashmir dan khemah pelarian Palestin. Semua pengalaman misi kemanusiaan ini akan dituangkan dalam sebuah buku bertajuk ‘Peta Luka Umat Islam’ dan ‘catatan hidup”.

MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR. PENYERTAAN ADALAH PERCUMA.
SEBARKAN!!

..: BIADAP DENGAN AL QURAN :..

Bismillahirohmanirohim...

LIHATLAH APA YG DILAKUKAN OLEH PUAK YAHUDI LAKNATULLAH......BERLAKU DI DENMARK

Look what the JEWS LAKNATULLAH DID...........in DENMARK!!!!

Look at the wickedness of the Jews and infidels Where did

Forgiveness of God Almighty, there's no strength except in God.

"Down the Danish film"

Again blasphemous act from Denmark against Islam and beloved
Prophet Muhammad * Peace and blessings of Allaah be upon him and his family*

It's time to boycott Danish products, sincerely and seriously **** **** 1.6 billion Muslims
Can hit the Danish economy ((Send the message to the largest number of Muslims))

If Allah asks what you have done to support your Prophet??
Then you will be Able to answer...

Fun & Info @ Keralites.net

BIADAP DENGAN AL QURAN!








Get your preferred Email name!

IMARAHKAN DIARI ANDA DENGAN PROGAM DAKWAH!


Bismillahirohmanirohim...
Dengan kudrat Allah Taala

www.pusatmotivasiattaqwa.blogspot.com

1 ) Kem Fardhu Ain Excellent
> 6 Jun - 10 Jun 2010 ( 5 Hari 4 Malam )
> Pusat Motivasi At Taqwa dan Taman Rekreasi Gunung Lang
> 7 tahun - 15 tahun
> RM 190.00 seorang

2 ) Kem Motivasi Kecemerlangan Insan
> 11, 12 & 13 Jun 2010 ( 3 Hari 2 Malam )
> Batu Ampar Resort, Kuala Kangsar, Perak
> 9 tahun - 17 tahun
> RM 190.00 seorang.

3 ) Kursus Pemantapan Solat
> 28, 29 & 30 November 2010 ( 3 Hari 2 Malam )
> Murni Camp, Gopeng, Perak.
> 9 tahun -17 tahun
> Yuran : RM100 ( Anak ke 2 dan seterusnya RM90 seorang )

4 ) Kem Motivasi Perdana Anak Soleh
> 3 Dis - 7 Disember 2010 ( 5 Hari 4 Malam )
> Batu Ampar Resort, Kuala Kangsar.
> 9 tahun - 17 tahun
> Yuran : RM 290 seorang.

5 ) Kem Tahfiz & Fardhu Ain
> 11 Disember 2010 - 25 Disember 2010 ( 16 Hari 15 Malam )
> Surau An Nuriah, Taman Meru 2b, Lata Ulu Chepor
> 9 tahun - 15 tahun
> Yuran : RM490 seorang. ( Anak ke 2 RM460, Anak ke 3 RM450 )

6 ) Kursus Intensif Fardhu Ain dan Smart Solat
> 13 Disember - 17 Disember 2010 & 20 Disember - 24 Disember 2010
> 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
> Surau An Nuriah, Taman Meru 2b, Ipoh.
> 5 tahun - 15 tahun
> Yuran : RM 90 seorang


Berminat berkhidmat sebagai SUKARELAWAN menjadi Fasilitator & Urusetia KEM DI ATAS sila EMAIL / POS atau Hantar terus ke pejabat RESUME lengkap, salinan sijil kokurikulum & gambar berukuran Kad Pengenalan. Info lanjut : +60194720717 ( Ustaz Azhan Ishak )

WARKAH CINTA BUAT AS - SYAHID


Bismillahirohmanirrohim...
Selamat menyambut tahun baru hijrah kepada semua sahabat yang sentiasa bernaung di bawah kalimah syahadatain "Lailahaillah".
Moga Allah menjadi kekasih abadi kita selamanya sehinggalah malam pertama kita di atas katil empuk bertemu dgn Allah S.W.T dalam keadaan senyum kebahagiaan dan ketenangan
Pada kali ini admin ingin berkongsi tentang maha dahsyat pentingnya kita sebagai bakal tentera Allah yang menunggu giliran untuk mati bergelar As Syahid memperbaharui semangat dan azam kita untuk membuktikan cinta sejati kita kepada Allah S.W.T.

Dari admin kepada sahabat semua :
Petikan warkah cinta dari seorang hamba yang amat mencintai sahabat-sahabat semua sebagai teman syahid di syurga.
(walaupun admin bukanlah seorang yg hebat di dalam mengukir warkah cinta ini, namun admin mengilhamkan 'RASA' cinta kepada semua sahabat yg berusaha untuk terus menghidup suburkan kalimah Allah di bumi Malaysia)
Marilah kita bersama-sama merenungi warkah seorang As Syahid ini :-

"SAYA TIDAK AKAN MENINGGALKAN JIHAD KECUALI DENGAN TIGA ALASAN. PERTAMA, SAYA TERBUNUH DI AFGHANISTAN. KEDUA, SAYA TERBUNUH DI PESHAWAR,KETIGA ATAU SAYA KELUAR DARI AFGHANISTAN DENGAN KEDUA TANGAN SAYA DIGARI" - As-Syahid Dr.Abdullah Azzam
"Sesungguhnya kecintaan kepada jihad telah menguasai kehidupanku, diriku, perasaanku, hatiku dan seluruh deritaku. Mereka yang memasang cita-cita yang tinggi (untuk melihat kemenangan Islam) tanpa membuat apa-apa persediaan adalah merupakan mereka yang berjiwa kecil dan tidak mahu serta tidak mungkin sampai ke kemuncak perjuangan dan tidak akan berjaya menuju ke matlamatnya.

Sesungguhnya membiarkan Ummat Islam disembelih di atas muka bumi ini dengan hanya kita mengeluh sambil berkata :
"la haula wala quwwata illa billah" atau dengan hanya mengucap; innalillahi wainna ilaii rajiun dan hanya melepaskan geram di tangan dari jauh tanpa menjuruskan perasaan tersebut kepada suatu perancangan yang rapi untuk menghadapi permasalahan tersebut, hanyalah satu kepura-puraan terhadap agama Allah dan suatu kelucuan perasaan yan hambar serta dusta yang telah sekian lama menipu diri sendiri di segenap sudut.

Aku tidak nampak apa-apa perbezaan di antara mereka yang meninggalkan peperangan pada jalan Allah (jihad) dengan mereka yang meninggalkan sembahyang, puasa dan zakat.

Sesungguhnya aku melihat bahawa tiada suatu amalan pun dapat menampung kekosongan kewajipan jihad yang ditinggalkan itu walaupun ia bernama dakwah, tarbiyyah, tulisan dan sebagainya.

Barangsiapa yang bertemu dengan Allah (mati) tanpa senjata di tangan mereka maka sesungguhnya mereka bertemu dengan Allah dalam keadaan berdosa kerana meninggalkan 'qital' melainkan orang-orang yang dalam keuzuran syarie.

Aku melihat bahawa mereka yang diampunkan oleh Allah S.W.T sekiranya meninggalkan jihad hanyalah : orang buta, orang cacat, orang sakit dan orang-orang yang lemah (mustad'afin) samada daripada kalangan lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak di mana mereka itu tidak mampu untuk berjihad dan tidak ada jalan langsung untuk menunaikannya".

WAHAI KAUM MUSLIMIN...

Kehidupan kalian adalah jihad, kemuliaan kalian juga terhasil dari jihad dan kewujudan kalian di atas muka bumi ini, terikat dengan ikatan yang berpanjangan dengan jihad.

Wahai para pendakwah...

Tiada berharga kalian berpanas cahaya matahari melainkan jika kalian menyandang senjata bagi menghadapi golongan TAGHUT yang melampau, orang-orang kafir dan orang-orang ZALIM yang semakin bermaharajalela.

(As-Syahid Dr. Abdullah Azzam)
Mujahid Ikhwan Muslimin Yang Rindukan Syahid

JIHAD ADALAH TANGGUNGJAWAB SEMUA INSAN YANG BERSYAHADAH
-Dr. Abdul Majid Az-Zandani-

-Aku Hanya Hamba Dhaif-