;

...hilangnya permata Al-Azhar...

Tokoh ulama besar , Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, seorang ilmuan hebat di Mesir, meninggal dunia 11 Mac 2010 di Arab Saudi selepas diserang sakit jantung semasa menaiki pesawat, menurut media negara itu.



Sheikh Tantawi, seorang imam besar Al-Azhar, pusat pembelajaran Islam sunni, berada di Riyadh, Arab Saudi, bagi menghadiri satu majlis anugerah Raja Faisal, kata agensi berita rasmi Mena.

Sheikh Tantawi, 81 tahun, sedang menaiki pesawat pada awal pagi semalam apabila beliau mengalami sakit dada yang teruk dan terjatuh di tangga pesawat, kata sebuah stesen televisyen Mesir.

Imam besar Al-Azhar itu dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh, dan para doktor kemudian mengisytiharkan beliau telah meninggal dunia.

Seorang pegawai Mesir memberitahu agensi berita AFP bahawa Sheikh Tantawi meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.

Sejurus selepas mengumumkan kematian beliau, muzik sayup diperdengarkan oleh stesen televisyen Mesir dengan berlatarkan gambar-gambar Masjid Al-Azhar.

'Berita kematian beliau adalah satu kejutan yang tidak dapat diungkapkan,' kata anak imam besar itu, Amr Tantawi, kepada stesen televisyen Mesir.

'Pihak keluarga telah memutuskan bahawa Allah telah memilih beliau untuk meninggal dunia di tanah Arab Saudi, beliau akan dikebumikan di Al-Baqie', kawasan tanah perkuburan di Madinah, tambah beliau.

Sheikh Tantawi dilantik ketua Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak, pada 1996.

"siapa PENYAMBUNG jejak langkahnya?"

peringatan buat diriku yang lupa

0 comments: