;

..: QUDWAH HASANAH : MASJID PALING ANEH DI DUNIA :..































Bismillahirohmanirohim...



Bentuknya sederhana benar, namun jemaah sudah berdatangan dari penjuru desa sebelum waktu solat masuk .Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat faktanya. Seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong miskin, namun mampu membangun sebuah Masjid di Turki. Nama masjidnya pun paling aneh di dunia, iaitu “Shanke Yadem” (Anggap Saja Sudah Makan). Sangat aneh bukan? Di sebalik masjid yang namanya paling aneh tersebut ada cerita yang sangat menarik dan mengandungi pelajaran yang sangat berharga bagi kita.

Ceritanya begini :
Di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggiran kota Istanbul ada seorang yang wara’ dan sangat sederhana, namanya Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar dia tidak membeli apa-apa. Saat merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan, dia berkata pada dirinya: Anggap saja sudah makan yang dalam bahasa Turkinya “ Shanke Yadem”.

Nah, apa yang dia lakukan setelah itu? Wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalan kotak (tromol)… Begitulah yang dia lakukan setiap bulan dan sepanjang tahun. Dia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali sebatas menjaga kelangsungan hidupnya saja.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya membangun sebuah masjid. Tanpa terasa, akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membangun sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknyapun sangat sederhana, sebuah pagar persegi empat, ditandai dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab.
Akhirnya, Khairuddin berhasil mewujudkan cita-ciatanya yang amt mulia itu dan masyarakat di sekitarnyapun kehairanan, bagaimana Khairuddin yang miskin itu di dalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, iakni membangun sebuah masjid dan berhasil dia wujudkan. Tidak bayak orang yang menyangka bahwa Khairudin ternyata orang yang sangat luar biasa dan banyak orang yang kaya yang tidak mampu berbuat kebaikan seperti Khairuddin Afandi.
Setelah masjid tersebut berdiri, masyarakat penasaran apa gerangan yang terjadi pada Khiruddin Afandi. Mereka bertanya bagaimana ceritan seorang yang miskin berjaya membangun masjid. Setelah mereka mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, merekapun sepakat memberi namanya dengan: “Shanke yadem” (Angap Saja Saya Sudah Makan).
Subhanallah! Sekiranya orang-orang kaya dan memiliki penghasilan lebih dari kaum Muslimin di dunia ini berfikir seperti Khairuddin, berapa banyak dana yang akan terkumpul untuk kaum fakir miskin? Berapa banyak masjid, sekolah, rumah sakit dan fasilitas hidup lainnya yang dapat dibangun? Berapa banyak infra struktur yang dapat kita realisasikan, tanpa harus meminjam ke lembaga dan Negara yang memusuhi Islam dan umatnya?
Jemaah yang melimpah, tanda keberkahan dan amal soleh dari harta yang halal dan bersih
Kalaulah kaum Muslimin saat ini memiliki konsep hidup sederhana dan mementingkan kehidupan akhirat dan mengutamakan istana di syurga ketimbang rumah di dunia, seperti yang dimiliki Khairuddin Afandi, pastilah umat ini mampu meninggalkan yang haram dan syubhat dalam hidup mereka. Mereka pasti mampu mengalahkan syahwat duniawi yang menipu itu. Sebagai hasilnya, pastilah negeri-negeri Islam akan berlimpah keberkahan yang Allah bukakan dari langit dari bumi. Kenyataannya adalah sebaliknya.(Q.S. Al-A’raf / 7 : 96) Maka ambil pelajaranlah wahai orang-orang yang menggunakan akal sehatnya!
Note : (FJ)Dari buku “Keajaiban Sejarah Ustmani”, oleh : Ust. Urkhan Mohamad Ali

-Special thanks to sis Haslina Yaacob, kg.Manjoi-
-Aku Hanya Hamba Dhaif-

..:mentaati IBU BAPA:..


RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu." - (Surah Al-Isra' ayat 23) Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: "Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar?". Kami (sahabat) menjawab: "Ya, tentu wahai Rasulullah". Baginda bersabda: "Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta", Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata "mudah-mudahan baginda diam." - (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat. Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu.

Mereka lebih rela menjadi tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban hidup bersama orang tua.
Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa, tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya. Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah bagi mereka hancur berkecai.

Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT?". Baginda bersabda: "Solat pada waktunya", saya bertanya lagi: "Kemudian apa lagi?". Baginda bersabda: "Berbuat baik kepada kedua orang tua". Saya bertanya: "Kemudian apa lagi?". Baginda bersabda: "Berjihad di jalan Allah." - (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) Ironinya mereka mengejar pahala ibadat sunat tetapi yang wajib ditinggalkan.

Kewajipan berkhidmat kepada ibu bapa mereka dianggap bukan ibadat melainkan hanya adat kehidupan manusia. Maka jika mereka lalai mengingati kedua-duanya, tidak ada kekesalan di dalam hati, tidak rasa berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT.
Sungguh penyelewengan yang tidak disedari, melainkan apabila keduanya kembali ke rahmatullah. Lalu anak-anak itu secara tabienya menjadi ibu dan bapa generasi baru. Dia merasai sakit menjaga dan mendidik anak seperti ibu bapa dulu. Akhirnya dia sedar betapa seksa diderhaka dan dibuang bagaikan al-Quran usang. Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. "Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan: "Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan. "Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman. "Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.. "Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran. "Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan." Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: "Kamu dan hartamu milik ayahmu." - (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)

Pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan bermaksiat kepada Allah SWT.
Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa. Anak yang salih dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga. Namun tidak dinafi juga kepentingan hadiah sebagai pengikat jiwa.

Sikap mementingkan diri sehingga membiarkan ibu bapa hidup susah di sebalik kemewahan seorang anak sememangnya menunjukkan sifat tidak mengenang budi. Jika boleh dihitung berapa juta ringgit yang mesti dibayar, sudah tentu jasa ibu bapa tak akan terbayar dengan sebarang jenis mata wang pun di dunia ini.

....Islam menganjurkan hormat, taat selagi suruhan mereka tidak melanggari hukum syariat...taatilah mereka selagi mereka masih ada....

- peringatan buat diriku yang lupa -
Bismillahirohmanirohim...

Ketika rahsia hatiku bersuara,
Ingin dikongsi dengan semua,
Namun siapa yang akan mendengarnya,
Tanpa bicara di bibir,
Tanpa rangkaian kata-kata,
Tersusun di lidah,
Kata-kata dikunci,
Di simpan dalam hati,
Sebagai rahsia hati,

Ku dambakan cinta seorang sahabat yang sanggup berjuang melaksanakan tugas
sebagai hamba abdi,
Ku dambakan cinta seorang perawi Hadith,
Seperti Abu Hurairah dan Bukhari,
Menghafal kata-kata Nabi sebagai panduan duniawi,
Lantas menjadi benteng diri ini
Ketika berhujah kepada manusia,

Ku dambakan cinta sesuci Abu Bakar
Yang sanggup mengorbankan diri dan harta duniawi demi cinta hakiki kepada Nabi,
Berlapang dada membenarkan perjalanan si Nabi dalam suatu malam dinihari,
Lantas menjadi sahabat pertama dalam syurgawi,
Ku dambakan cinta sesuci Musa,
Yang sanggup menjaga penglihatan matanya daripada melihat aurat,
Bakal isteri yang dinikahi,
Tabah dalam ujian menentang si Firaun derhaka,
Ku dambakan cinta sesuci Umar,
Menghina diri dalam Mahkamah Allah,
Tanda nilai kehambaan dalam diri,
Menjerit menyatakan keislaman diri kepada seluruh rakyat dunia,
Sanggup berhadapan dengan rakyat jahiliyyah,
Mengakui membunuh anak sendiri,
Demi membuktikan kejujuran pada Ilahi,
Membuka aib diri untuk menjadi contoh teladan kepada generasi kini,
Agar berusaha untuk memperbaiki diri
Namun adakah generasi Umar ini?
Ku dambakan cinta seorang Nabi,
Yang sanggup bertarung hawa nafsu,
Daripada melayan tawaran dunia,
Sungguh hebat jiwa dan nurani,
Menjadikan Allah sebagai pembela diri,
Lantas iman dijadikan panji,
Wahyu Ilahi cerminan diri,
Membuktikan kepada penganut Islam,
Bahawa dirimu adalah seorang Nabi,
Kekasih sejati Ilahi

Ku dambakan cinta si Ibu Nabi, Siti Aminah

Melahirkan bayi sesuci Nabi,
Lantas syurga pengganti diri,
Walau nyawa melayang pergi sebelum anak bergelar Nabi,
Malaikat menanti di alam syurgawi,
Ku dambakan cinta Si Khadijah,
Sanggup mengorbankan jiwa dan harta untuk Islam,
Memberi motivasi tinggi kepada si suami,
Untuk terus menegakkan panji Ilahi,
Sehingga ALLAH sendiri menyampaikan salam kasih kepadanya,
Terpalit rasa cemburu di dalam hati ini,
Engkau begitu hebat sekali,
Hingga pencipta sendiri menyampaikan salam sayang kepadamu,
Hingga suamimu menyatakan bahawa engkau diutuskan di dunia,
Adalah kerana untuk memaklumkan kepadamu bahawa
Engkaulah ahli syurga,
Akan ku contohi dirimu dalam hati ini,
Ku dambakan cinta Si Fatimah,
Menghafal sebanyak mungkin bait-bait kata wahyu dari si ayah tercinta,
Mengalirkan air mata kerana mengenangkan pertarungan nyawa si ayah,
Setia menunggu si Ayah,
Hingga dipanggil Ilahi,
Ku dambakan cinta sesuci Aisyah,
Perawi hadith muslimah pertama,
Menjadi rujukan rakyat untuk memahami ilmu Islam,
Akan ku jejaki caramu itu,
Semampuku

Ku dambakan cinta setabah Sumaiyyah,
Sanggup memancut darah daripada perutnya,
Dengan senjata tajam,
Demi menyelamatkan aqidah perjuangan,
Menegakkan iman dalam dada,
Ku dambakan cinta setebal penjara Iman Asiah,
Yang menanamkan akar Islam dalam jiwa,
Walau luaran nampak kaca kejahilan,
Namun dalaman hati nampak permata iman,

"Wahai orang-orang yang beriman!Mahukan Aku menunjukkan satu perniagaan yang akan menyelamatkan engkau daripada azab seksaan api neraka? Iaitu engkau beriman kepada Allah dan Rasul dan engkau berjihad dengan jiwa dan hartamu. Sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi kamu"
-As-Saff ayat 10-11-

-Nukilan sajak utk sahabat seperjuangan-
-Aku Hanya Hamba Dhaif-