;

..:bahtera penyelamat dalam kehidupan pendakwah_Bahagian 2:..


In the name of Allah, Most Beneficent, Most Merciful

Bahagian kedua buku BAHTERA PENYELAMAT DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH menyentuh berkenaan "CIRI-CIRI KEIMANAN"

Dalam merentasi perjuangan ISLAM para pendakwah perlu muhasabah diri dari semasa ke semasa. Para pendakwah perlu melihat sejauh mana penghayatan dan ketaatan dalam ajaran ISLAM yang menjadi intisari dakwahnya kepada masyarakat. Maka diingatkan agar amal dan usaha mereka tidak menjadi sia-sia dan mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang disifatkan oleh ALLAH dalam surah Al-Kahfi ayat 104. Mafhumnya :

"(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

Orang yang benar-benar rugi menurut neraca Islam di hari akhirat ialah orang-orang yang rugi dan tidak berjaya menyelamatkan dirinya dari seksaan sekalipun mereka dapat merangkul dunia seluruhnya. sebaliknya orang-orang yang benar beruntung mengikut neraca Islam di akhirat ialah orang-orang yang dapat menyelamatkan dirinya dan seksaan neraka sungguhpun mereka kerugian dunia seluruhnya. orang-orang yang benar-benar beramal menurut neraca Islam ialah orang-orang yang berbuat baik terhadap diri mereka dan membebaskannya dan api neraka.

Sesungguhnya kesetiaan para da'ie dengan bai'ah ini bergantung kepada sejauh mana iltizam dengan sifat-sifat keimanan.

Terdapat beberapa ciri-ciri keimanan yang yang perlu dipelihara dan dijaga oleh para daie. Antara sifat-sifat keimanan yang perlu dijaga ialah :

a) Al-Ta'ibun - orang-orang yang sentiasa bertaubat.
b) Al-'Abidun - orang-orang yang beribadat.
c) Al-Hamidun - orang-orang yang bertahmid memuji kebesaran ALLAH.

d) Al-Sa'ihun - pengembara-pengembara di jalan ALLAH.
e) Al-Raki'un - orang-orang yang banyak ruku'.
f) Al-Sajidun - orang-orang yang sujud kepada ALLAH.
g) Al-'Amiruna bil- Ma'ruf - orang-orang yang menyuruh kepada yang makruf.
h) Al-Yanhauna 'Anil-Munkar - orang-orang yang menghalang dari berlaku kemungkaran.
i) Wal- Hafizuna Li Hududillah - orang-orang yang memelihara batas-batas hukum ALLAH.

Justeru itu, sebagai seorang pendakwah dan penggerak kepada ummah dalam biah soleh dan solehah seharusnya mempunyai keinginan untuk melakukan perkara yang meningkatkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.Segala apa yang dilakukan manusia itu bermula dengan kepercayaannya terhadap kitab-kitab Allah, percaya kepada perkara ghaib, menunaikan sembahyang dan ibadat lain dan membelanjakan sebahagian rezeki untuk kebaikan adalah semata-mata disebabkan oleh kepercayaan dan keyakinannya terhadap hari akhirat. Setiap apa yang dikerjakannya itu merupakan satu rangkuman kebaikan yang akan dibalas dengan ganjaran yang hanya akan diperoleh pada hari akhirat kelak.

Bahkan ada antara ganjaran itu dikurniakan dahulu semasa masih hidup di dunia namun ganjaran yang lebih besar akan diberikan pada hari akhirat kelak. Hari akhirat mempunyai beberapa fasa dan fasa terakhir ialah apabila setiap orang itu dibalas dengan ganjaran yang paling besar setelah melalui pelbagai tapisan dan halangan yang ia lulus melaluinya. Kejayaan melepasi tapisan dan halangan inilah yang memerlukan rangkuman amalan-amalan kebaikan yang pernah dilakukan semasa masih diberi kesempatan untuk melakukannya semasa masih hidup di dunia.

Tepatlah seorang penyair bermadah :

Ku lihat dosa-dosa,
Mematikan segala hati,
Hinalah dirimu apabila bergelumang dengannya,
Sedangkan meninggalkan dosa,
Menyegarkan hidupkan segala hati,
Kebaikanlah buat dirimu jika menentangnya.

Nantikan sambungan bahagian ketiga......


- peringatan buat diriku yang lupa -

0 comments: