;

..:khabar dari NASA:..


WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini.

“Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknyer mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”. “Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu.

“Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole”

“Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”. “Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau”.

“Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”. Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.

“Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria”, mengikut kata sumber.“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?”

Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.

“Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa tanda tanya.

Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasama? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”. Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”. Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi. Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

Sumber: Email.

Tidak diketahui sumber asal info tersebut. Samada percaya atau tidak terpulang pada pengamatan masing-masing. Apa yang pasti kemunculan Yakjuj dan Makjuj pada akhir zaman adalah benar berpandukan hadith2 Rasulullah SAW. Justeru kita wajib berpegang pada Kitab Allah dan Al-Sunnah. Wallahu a'lam..

..:IJAZAH dan RISALAH Bukan Jongkang Jongket:..

Lia, jomlah pergi usrah
Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya

Aku tidak mahu!!
Aku kena study!!
Markah semester lepas dah cukup teruk gara-gara dakwah, tarbiah dan program!!
Aku menyesal megikuti semua itu!!

Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,
tapi banyak lagi skopnya
Bukan ke Islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya, aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam!!

Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongket

Jongkang jongket? Apa kau merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongket
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah!
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah!
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?

Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus
Tak boleh inversely proportional

Apa maksud kau?

Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan
menemukan Allah dalam pelajarannya

Aku tidak faham

Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang mitokondria misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria
Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?

Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam, dia hanya perlu study 10 minit sahaja!!
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu!!

Aku tak pernah rasa semua itu,
Jadi, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?

Tak, itu bukan maksud aku!!
Cuma kena checklah sikit hati tu,
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah

Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar,
Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi,
Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah
Ada keraguan dalam hati seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah

Siapa yang menolong agama Allah,
nescaya Allah akan menolongnya!!

Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak ada kesungguhan dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah

Lia dah faham
Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
Lia tahu hukum berdakwah, tapi tidak mengerjakan kerja tersebut

Lia, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan jiranku,
aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku,
aku ingin mereka merasakan keindahan Islam
Lia, itulah yang ingin ku bentuk dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat,
segalanya adalah dakwah!!
Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya

Lia, aku ingin berkongsi satu kisah,
mengenai kisah Assyahid Imam Hassan Al Banna
Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan Al Banna
Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu
Dia berdakwah sehingga ke
kawasan perkampungan di gunung-gunung
yang tinggi.

Semua manusia mengenalinya!
Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu
dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna,
pasti semua mengenalinya kerana kerja
kerasnya di dalam perjuangan dakwah
Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran,
kita kena berusaha.
Itu Sunnatullah. Tapi Lia,
kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja.
Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha.
Itu juga adalah Sunnatullah.
Kemenangan Islam memerlukan
pengorbanan dari pengikutnya.

Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:

Allah, dengan sifat ArRahaman dan ArRahimNya,
memberi ketenangan dan
kepuasan kepada hambaNya yang beriman,
apabila Dia mahukan segala sesuatu urusan
Dia akan mempermudahkan hambaNya itu untuk
mencapainya.


Pada malam sebelum ujian nahu, saya telah bermimpi.
Di dalam mimpi tersebut, saya sedang berada dalam sebuah perahu
bersama-sama ulama yang terkenal.
Perahu itu sedang berlayar di Sungai Nil.
Salah seorang ulama itu menghampiri saya.
Dia memakai pakaian orang-orang di pedalaman Mesir.
Dia menyoal saya,
Di mana syarah (huraian) Ibnu Aqeel mengenai al-Afiyah?
Saya menjawab, Ini dia!
Katanya, Mari kita ulangkaji sebahagian darinya.
Buka ke muka surat sekian-sekian .

Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya dan mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga!!
Saya sangat gembira.
Pagi esoknya saya menduduki ujian.
Saya dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat-muka surat yang saya baca
di dalam mimpi tersebut.
Ini semua adalah rahmat Allah.
Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya.
Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin.
Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam!!

Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin.
Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda.
Tapi apa yang telah dia lakukan?
HAMMAS berdiri dengan izzah!! Musuh menggeruninya!!

Lia, kita sempurna.
Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam!!
Ayuh berada dalam saf perjuangan!!

-----------------------------------------------------------------------------

Study subset kepada dakwah.

Dakwah itu tidak terhad, dan studi itu salah satu ‘alat’ menuju dakwah.

Jadi??


“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya..”
[Al-Baqarah, 2:208]

- peringatan buat diriku yang lupa -

..:pelajar bakar dewan sekolah:..


Timbalan Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran (kiri) melihat kesan kebakaran di sebuah kelas yang dijadikan dewan peperiksaan PMR sambil diberi penerangan oleh pengetua sekolah, Meskam Masbor di SMK Johor Jaya 2, Taman Johor Jaya, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU 7 Okt. – Akibat tidak puas hati dengan pengurusan sekolah, terdapat pelajar yang sanggup membakar sebuah kelas yang dijadikan dewan peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2 di sini awal pagi ini.

Perbuatan pelajar itu bukan sahaja mencemarkan imej sekolah, malah menyusahkan pelajar yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), bermula hari ini.

Berikutan itu, seramai 75 pelajar tingkatan tiga sekolah tersebut terpaksa menduduki peperiksaan hari pertama mereka di bilik kuarantin Influenza A (H1N1) di sekolah itu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan kebakaran itu akibat perbuatan khianat.

Katanya, ini kerana siasatan pihaknya mengesan bau bahan bakar yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

“Kami akan dapatkan bantuan forensik untuk menyiasat perkara ini. Polis bagaimanapun belum dapat mengesahkan berapa ramai pelajar yang terlibat dalam perbuatan khianat itu,” katanya di sini hari ini.

Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Markom Giran berkata, kebakaran kira-kira pukul 6 pagi itu melibatkan sebahagian kecil dewan tersebut termasuk peralatan pembelajaran.

Menurutnya, kejadian hanya disedari seorang pengawas peperiksaan yang datang ke sekolah pukul 6.25 pagi dan ketika itu api sudah hampir padam.

“Kami percaya kejadian ini perbuatan khianat segelintir pelajar yang tidak berpuas hati dengan pengurusan sekolah. Malah, guru tersebut ternampak kelibat seseorang melarikan diri dari tempat kejadian.

“Perkara ini sudah dilaporkan kepada pihak polis dan kerugian dianggarkan berjumlah sekitar RM20,000,” katanya selepas meninjau kesan kebakaran di sekolah itu hari ini.

Markom berkata, perbuatan seperti itu jelas menyalahi undang-undang dan ia tidak sepatutnya berlaku.

“Ini merupakan kejadian kedua di sekolah ini selepas yang pertama dua tahun lepas,” katanya.

Beliau turut menasihati pelajar supaya tidak sesekali melakukan perbuatan provokatif seperti itu kerana ia merupakan tindakan salah di sisi undang-undang selain menyusahkan orang ramai.

Sementara itu, menurut Markom, seramai 58,185 pelajar menduduki PMR di 473 pusat peperiksaan di seluruh negeri ini mulai hari ini.

Beliau berkata, setiap pelajar diambil suhu badan mereka sebelum dibenarkan menduduki peperiksaan dan turut dibekalkan dengan penutup hidung dan mulut.
-------------------------------------------------------------------------------

Dimana silapnya???

- peringatan buat diriku yang lupa -

ULASAN PENDIDIKAN RABBANI : SISTEM PENDIDIKAN RASULULLAH S.A.W

Bismillahiromanirohim...

FALSAFAH PENDIDIKAN RABBANI : BERJAYA MELAHIRKAN ULAMA AGUNG MALAYSIA

“Aku Naik Saksi Bahawa Tiada Tuhan yang Disembah Melainkan Allah dan Aku Naik Saksi Bahawa Nabi Muhammad utusan Allah. Aku berikrar bahawa aku adalah Khalifah Allah di muka bumi ini. Aku menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai murobbi dunia dan akhirat. Aku akan berusaha melahirkan Generasi Harapan Islam seperti Ali Bin Abi Talib. Aku juga akan berusaha untuk mencapai syurga Allah selepas kehidupan hari pembalasanku di Padang Mahsyar.”

Pendidikan Rabbani merupakan elemen utama tarbiyyah ruh yang mana pada awal penurunan wahyu Ilahi, Allah S.W.T telah menyatakan perkataan keramat yakni “IQRA” yg bererti “BACALAH”.

Kita telusi perkataan baca itu, mengapakah perkataan IQRA itu yg ditekankan oleh Allah S.W.T? dan bukannya perkataan DOA. Ini kerana apabila kita lihat,Allah Taala memaklumkan kepada kita bahawa jika kita mahukan sesuatu, maka kita perlu meminta kepadaNya dengan cara kita Berdoa. Dan doa itu adalah ibadah kepada Nya.Tambahan pula doa itu adalah satu pintu untuk kita berkomunikasi dengan Allah S.W.T.

Pendidikan Rabbani yg pertama sekali diberikan oleh Allah Taala kepada Nabi S.A.W adalah dalam keadaan buta huruf dan langsung tidak tahu membaca walaupun satu perkataan.

Mengapa demikian? namun bilamana kita melihat Nabi Adam A.S sejak di syurga lagi Beliau telah diajarkan tentang benda-benda yg ada di dalam syurga. Namun, Nabi S.A.W. tidak pula sedemikian.Mengapakah Allah Taala ingin memberikan ilmu secara automatik kepada Nabi Adam dalam keadaan beliau boleh membaca namun Nabi S.A.W tidak langsung?

Lalu, Allah Taala menghantar Malaikat Jibrail untuk menjadi perantaraan antara ilmu wahyu Allah Taala lalu dibukukan menjadi sebuah kitab agung yang dinamakan sebagai Al Quran. Lalu, Al Quran itulah yg menjadi buku rujukan utama umat Islam umumnya dan cendiakawan-cendiakawan serta ahli-ahli falsalah Islam, khususnya.

Rasional di sini mengapa saya menekankan isu “IQRA” berbanding isu “DOA” dalam kitab Al Quran adalah kerana adakah kita akan mampu mengenali Allah (ma’rifatullah) sedangkan kita tidak tahu membaca dan mampukah kita untuk berkomunikasi @ berdoa kepada Allah sedangkan kita tidak tahu bentuk perkataan yg perlu kita fahami dan sesuai untuk disebut kepada Allah Taala. Lalu, turunlah ayat-ayat suci Al Quran dalam bahasa Arab yg mana Allah Taala sendiri menekankan bahawa Bahasa Arab itu adalah bahasa syurga. Namun, adakah kita memahami bait-bait perkataan Bahasa Arab itu?

Satu persoalan yg menegur diri kita sendiri sebagai bakal guru yg semestinya mesti berusaha untuk menguasai bahasa syurga ini kerana ini adalah bahasa yg diikitiraf oleh Allah S.W.T.

Justeru, konteks utama yg ingin saya tekankan berkenaan dengan Pendidikan Rabbani : Berjaya Melahirkan Ulama Agung Malaysia ialah bagaimanakah fungsi sistem Pendidikan Rabbani Berjaya melahirkan seorang Ulama Pewaris Nabi.

Kita lihat bagaimana zaman Tamadun Ilmu di Andalusia telah berjaya melonjakkan agama Islam ke serata dunia. Lalu lahirlah ahli-ahli falsafah Islam yg agung seperti Ibnu Sina yg begitu hebat dengan bidang perubatannya sehinggakan mampu untuk merawat manusia bukan sahaja dari segi penggunaan alat-alat bedah sekaligus mampu untuk merawat jiwa seorang remaja yg berketurunan Diraja iaitu Putera Nub Ibn Nas al-Samani yg jatuh cinta dengan seorang gadis berketurunan rakyat biasa dan beliau antara golongan pertama yg Berjaya memainkan peranan Pendidikan Rabbani ini yg diteraskan daripada rujukan utama Umat Islam yakni kitab Al Quran. Namun, disebabkan ada antara umat Nabi Muhammad s.a.w yg pada ketika itu masih jahiliyyah tidak memahami isi kandungan Al Quran, berlakulah peperangan untuk menguasai ilmu. Bayangkanlah saudara, kita melihat bagaimana fungsi ilmu ini sangat penting dan utama sebagai langkah utama untuk menguasai dunia sehinggakan berlakulah peperangan untuk menakluk ilmu. Dan dilihat pula bagaimana hebat dan Maha Bijaksana Allah Taala yg merencakan perkataan IQRA dahulu sebagai perkataan pertama untuk umat Muhammad S.A.W. Sedar tidak sedar perkataan inilah yg menjadi medan utama kita menjadikan Pendidikan Rabbani sebagai teras pendidikan seorang guru.

Di sini adalah penjelasan bagaimana fungsi kita sebagai seorang guru untuk melestarikan sistem Pendidikan Rabbani.

1) Suasana persekitaran dengan kehidupan beragama

Sejarah adalah hari semalam dan jika ingin mengetahui hari esoknya, lihatlah sejarahnya dahulu.Mari kita telusuri sirah Nabawiyyah untuk kita melihat suasana bagaimana dan mengapa Rasulullah S.A.W memilih suasana persekitaran tersebut untuk melebarkan sayap pendidikan Rabbani (da’wah). Baginda telah memilih dua Negara yg berlainan untuk berhijrah. Pada kali pertama proses penghijrahan, Rasulullah S.A.W telah ke Habsyah kerana suasana rakyat yg tinggal di sana adalah dalam kalangan rakyat yg menganuti agama Nasrani. Kemudian, Baginda berhijrah pula ke Madinah kerana melihatkan sifat penghuninya yg mudah dibentuk dengan acuan Islam.Di sinilah kita lihat bagaimana Nabi S.A.W mengaitkan wahyu Ilahi untuk dimasukkan ke dalam sistem Pendidikan Rabbani semasa berhijrah ke sana.

Nabi S.A.W bersabda :

“ Agama itu adalah nasihat”. Maka para sahabat bertanya, : “Bagi siapa?”. Rasulullah S.A.W menjawab : “Bagi Allah, bagi KitabNya, bagi RasulNya, bagi pemerintah Muslim, pemimpin Muslim, Ulama Islam dan bagi orang sesama Muslim”.

Pengajaran yg perlu kita ambil daripada sirah Nabawiyyah ini ialah pentingnya kehidupan beragama dan kehidupan bermasyarakat dalam menentukan apakah sifat dan generasi yg bakal lahir daripada masyarakat tersebut. Di bumi Malaysia juga sebenarnya kita boleh melakukannya sebagaimana Nabi S.A.W kerana Negara ini majoritinya ialah beragama Islam. Jangan kita memandang rendah pada seseorang yg hanya Islam pada nama namun tidak pada amalan.Sebaliknya, kitalah yg wajib berusaha utk membantu mereka menganut Islam secara amalannya dan falsafahnya.

2) Silibus pendidikan yg bersifat duniawi dan ukhrawi

Kita lihat bagaimana pengaplikasian silibus pendidikan Rabbani mampu untuk melahirkan rakyat yg cemerlang dunia dan akhirat.

Firman Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 21 :

“ Demi sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yg baik”

Rasulullah S.A.W telah membuktikan kepada kita bahawa beliau telah Berjaya untuk menjadi seorang guru yg inovatif. Baginda merupakan guru yg paling agung dan paling bertamadun. Ini kerana Baginda tidak mengambil mana-mana silibus pendidikan melainkan kandungan-kandungan yg ada dalam Al Quran. Inilah yg membuktikan bahawa beliau adalah hamba Allah yg tulen yg tidak mencampuradukkan antara yg hal dan batil . Semasa baginda menyampaikan kuliah kepada para sahabat, baginda mengeluarkan ayat-ayat suci Al Quran dan Sunnah baginda Saya membawa maksud di sini bahawa semasa kita mengajar kita menggunakan fungsi akaliah semata-mata namun fungsi naqliah? Mampukah kita menggunakannya?Jawapannya : kita pasti tidak mampu untuk menggunakannya kerana kita terlalu “bergantung” kepada sistem ijazah Negara yg bercampur aduk antara hak dan batil, antara sekularisme dan islamisme semata-mata. Lantaran itu, iktibar utama yg perlu kita ambil ialah kita mestilah menjunjung terlebih dahulu kitab Al Quran dan As Sunnah sebelum kita menyampaikan sistem pendidikan kepada orang lain.Ini kerana kita perlu ingat bahawa kita adalah murobbi yg mahu seimbang dunia akhirat, namun sekiranya kita tidak Berjaya menguasai kefahaman dalam ayat Quran dan As Sunnah, mana mungkin kita mampu untuk menyampaikannya kepada generasi harapan Islam pada masa akan datang. Ingatlah sahabat-sahabat, bayangkanlah Rasulullah S.A.W ketika hayatnya telah Berjaya melahirkan Remaja Muslim Tulen seperti Abdullah Bin Abbas, Ali Bin Abi Talib, Muaz Bin Jabal dan Usamah Bin Zaid.Hasil daripada pendidikan Rabbani yg telah diberikan oleh beliau inilah, remaja Islam ini mampu untuk memikul tanggungjawab yg berat seperti menyampaikan misi dakwah dan berperang menghadapi musuh walaupun dalam usia belasan tahun. Pada ketika Baginda Berjaya melahirkan Remaja Soleh, baginda pada ketika itu berusia puluhan tahun. Namun, kita yg masih remaja ini, perlulah mewajibkan diri kita untuk menjadi salah seorang antara remaja muslim pada zaman Rasulullah S.AW. Biar kita dahulu menjadi seperti mereka, nanti kelak, anak-anak muda kita yg akan kita semai dengan nilai TAQWA, IMAN, BERANI & WARA’ akan mampu untuk menjadi pengemudi Negara ini pada suatu ketika kelak.

Bersambung….

Aku Hanya Hamba Dhaif



..:pembekuan penempatan siswa pendidikan:..


Bangi - 5 OKTOBER - Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) memohon kepada Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuat penjelasan berkaitan isu pembekuan penempatan bagi mahsiswa Fakulti Pendidikan di Institiut Pengajian Tinggi dan Institut Perguruan.

Menurut maklumat yang diperolehi dari rakan-rakan mahasiswa di Universiti Pendidkan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UPSI mengeluarkan kenyataan bahawa semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa 3 Oktober lalu.

Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Menurut Presiden GAMIS, Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membuat penjelasan agar mahasiswa terutamanya dalam bidang pendidikan tidak keliru akan isu ini. Hal demikian adalah berkaitan masa depan mahasiswa yang tidak boleh diperjudikan dengan mudah.

Menurutnya lagi, respon yang diterima daripada mahasiswa Fakulti Pendidikan, mereka amat bimbang jika pembekuan penempatan ini benar-benar berlaku. Justeru, GAMIS memohon agar pihak kementerian menjelaskan situasi yang berlaku dengan sebaiknya. Jika tidak, masalah pengangguran di kalangan graduan akan semakin meningkat di negara kita.

Sekiranya tidak ada penjelasan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam masa terdekat, GAMIS akan bertemu menteri bertanggungjawab untuk mendapat penjelasan sebenar agar ianya tidak mendatangkan permasalahan kepada beribu mahasiswa dalam bidang ini.

dipetik dari laman blog Presiden GAMIS, saudara Ustaz Idris

- peringatan buat diriku yang lupa -

..:kejutan dari PADANG, INDONESIA:..

Padang sudah 389 kali digoncang gempa bumi dalam 3 hari

JAKARTA: Ketika para pekerja mencari dan menyelamat sudah 72 jam bekerja keras menggali dan mencari mangsa dari celah-celah runtuhan lebih 11,000 bangunan akibat gempa 7.6 skala Richter (SR) Rabu lepas, dan sejak hari itu jugalah Sumatera Barat sudah digoncang 389 kali gempa bumi susulan.

Bagaimanapun gempa susulan itu yang berukuran lebih kecil iaitu antara 3.0 hingga 4.0 SR, mungkin tidak begitu dirasakan oleh penduduk tetapi masih berkemampuan mengakibatkan bangunan yang telah rosak strukturnya akibat gempa utama 7.6 SR itu, tiba-tiba runtuh dan mengancam nyawa.

Ketua Bidang Maklumat Awal Gempa Bumi dan Tsunami, Badan Metereologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, Jaya Murjaya berkata gempa susulan itu sifatnya hanya menghabiskan tenaga di dalam bumi setelah terjadinya gempa besar itu. "Gempa susulan tidak akan melebihi 7.6 SR dan masyarakat tidak perlu takut, tapi waspada saja," katanya dalam laporan agensi berita Antara di Padang, hari ini.

Sehingga tengah hari tadi, Pusat Penanganan Bencana di Padang, mencatatkan 448 kematian akibat gempa bumi yang terjadi pada pukul 5.16 petang Rabu itu, manakala mereka yang cedera parah berjumlah 237 orang dan hampir 2,100 lagi cedera ringan.

Jumlah kes kematian yang dicatatkan paling ramai ialah di Kota Padang, ibu kota Sumatera Barat iaitu 197 orang, diikuti di daerah kecil Padang Pariaman (184) dan selebihnya di beberapa kawasan sekitar.

Bagaimanapun pelbagai media massa lain dengan memetik pelbagai sumber melaporkan jumlah kematian setakat ini sudah melebihi 700 orang.

Jumlah bangunan termasuk rumah yang runtuh dan rosak teruk ialah 11,945 buah dan hampir 10,000 lagi rosak.

Antara warganegara asing yang dilaporkan masih hilang ialah kira-kira 100 orang daripada sejumlah 250 warganegara Australia yang berada di Padang ketika kejadian itu.

Sementara itu Menteri Kesihatan Indonesia Siti Fadilah Supari dilaporkan berkata beliau menganggarkan jumlah kematian akibat gempa bumi itu tidak melebihi 4,000 orang manakala Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB) pula dilaporkan berkata angka kematian mungkin mencapai 1,100 orang.


-- peringatan buat diriku yang lupa -

..:bahtera penyelamat dalam kehidupan pendakwah_Bahagian 2:..


In the name of Allah, Most Beneficent, Most Merciful

Bahagian kedua buku BAHTERA PENYELAMAT DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH menyentuh berkenaan "CIRI-CIRI KEIMANAN"

Dalam merentasi perjuangan ISLAM para pendakwah perlu muhasabah diri dari semasa ke semasa. Para pendakwah perlu melihat sejauh mana penghayatan dan ketaatan dalam ajaran ISLAM yang menjadi intisari dakwahnya kepada masyarakat. Maka diingatkan agar amal dan usaha mereka tidak menjadi sia-sia dan mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang disifatkan oleh ALLAH dalam surah Al-Kahfi ayat 104. Mafhumnya :

"(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

Orang yang benar-benar rugi menurut neraca Islam di hari akhirat ialah orang-orang yang rugi dan tidak berjaya menyelamatkan dirinya dari seksaan sekalipun mereka dapat merangkul dunia seluruhnya. sebaliknya orang-orang yang benar beruntung mengikut neraca Islam di akhirat ialah orang-orang yang dapat menyelamatkan dirinya dan seksaan neraka sungguhpun mereka kerugian dunia seluruhnya. orang-orang yang benar-benar beramal menurut neraca Islam ialah orang-orang yang berbuat baik terhadap diri mereka dan membebaskannya dan api neraka.

Sesungguhnya kesetiaan para da'ie dengan bai'ah ini bergantung kepada sejauh mana iltizam dengan sifat-sifat keimanan.

Terdapat beberapa ciri-ciri keimanan yang yang perlu dipelihara dan dijaga oleh para daie. Antara sifat-sifat keimanan yang perlu dijaga ialah :

a) Al-Ta'ibun - orang-orang yang sentiasa bertaubat.
b) Al-'Abidun - orang-orang yang beribadat.
c) Al-Hamidun - orang-orang yang bertahmid memuji kebesaran ALLAH.

d) Al-Sa'ihun - pengembara-pengembara di jalan ALLAH.
e) Al-Raki'un - orang-orang yang banyak ruku'.
f) Al-Sajidun - orang-orang yang sujud kepada ALLAH.
g) Al-'Amiruna bil- Ma'ruf - orang-orang yang menyuruh kepada yang makruf.
h) Al-Yanhauna 'Anil-Munkar - orang-orang yang menghalang dari berlaku kemungkaran.
i) Wal- Hafizuna Li Hududillah - orang-orang yang memelihara batas-batas hukum ALLAH.

Justeru itu, sebagai seorang pendakwah dan penggerak kepada ummah dalam biah soleh dan solehah seharusnya mempunyai keinginan untuk melakukan perkara yang meningkatkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.Segala apa yang dilakukan manusia itu bermula dengan kepercayaannya terhadap kitab-kitab Allah, percaya kepada perkara ghaib, menunaikan sembahyang dan ibadat lain dan membelanjakan sebahagian rezeki untuk kebaikan adalah semata-mata disebabkan oleh kepercayaan dan keyakinannya terhadap hari akhirat. Setiap apa yang dikerjakannya itu merupakan satu rangkuman kebaikan yang akan dibalas dengan ganjaran yang hanya akan diperoleh pada hari akhirat kelak.

Bahkan ada antara ganjaran itu dikurniakan dahulu semasa masih hidup di dunia namun ganjaran yang lebih besar akan diberikan pada hari akhirat kelak. Hari akhirat mempunyai beberapa fasa dan fasa terakhir ialah apabila setiap orang itu dibalas dengan ganjaran yang paling besar setelah melalui pelbagai tapisan dan halangan yang ia lulus melaluinya. Kejayaan melepasi tapisan dan halangan inilah yang memerlukan rangkuman amalan-amalan kebaikan yang pernah dilakukan semasa masih diberi kesempatan untuk melakukannya semasa masih hidup di dunia.

Tepatlah seorang penyair bermadah :

Ku lihat dosa-dosa,
Mematikan segala hati,
Hinalah dirimu apabila bergelumang dengannya,
Sedangkan meninggalkan dosa,
Menyegarkan hidupkan segala hati,
Kebaikanlah buat dirimu jika menentangnya.

Nantikan sambungan bahagian ketiga......


- peringatan buat diriku yang lupa -