;

Settle solat, insyallah yang lain pun settle.




Saya teringat pesan sahabat saya:

"Kalau sesorang muslim tu settle solat, insyallah yang lain pun settle."



Maksud sahabat saya ni memang ada relevannya. Memang ada nas yang menyokongnya. Cuba kita fikir dalam-dalam.

Jika seseorang itu bersolat dengan sempurna disamping MENGHADIRKAN HATINYA sewaktu bersolat, insyallah solat itu memberi kesan padanya.

Namun begitu, tak semua mampu untuk menghadirkan hatinya ketika bersolat. Atau dalam bahasa mudahnya KHUSYUK.

KHUSYUK......hmm..senang di sebut,

tp susah nak praktik.

Kadang-kadang semakin meningkat usia kita, semakin tak khusyuk solat kita dek kerana kesibukan dunia. Bila tak khusyuk solat kita, maka tak sempurnalah solat kita.

Solat yang tak sempurna inilah sebenarnya akan membentuk akhlak kita apabila di luar solat.

1-Kalau seseorang itu solat dengan penuh rasa tawaduk yang tinggi kepada Allah SWT,insyallah di luar solat pun dia akan menjadi seorang muslim tawaduk.

Di dalam solat, dia merasakan Allah melihat jauh ke dalam dirinya hingga terbongkarlah siapa dirinya yang sebenar di hadapan Allah.

Dia tahu Allah lebih mengetahui di tahap mana amal dirinya, di tahap mana dosanya. Dari situ dia akan menjadi malu dan merasa betapa tidak layaknya dia berdiri menghadap Allah yang Maha Agung sepanjang solatnya.

Maka di luar solat, dia akan menjadi seorang muslim yang mempunyai tutur bicara, akhlak yang melambangkan tahap peribadinya yang tawaduk.

2-Kalau seseorang itu solat dengan penuh faham dan menjiwai setiap apa yang di'tutur'kannya pada Allah dalam solatnya, insyallah di luar solat pun dia akan menjadi seorang muslim yang tidak ingkar dengan larangan Allah dan cuba sepenuh hati untuk merealisasikan apa yang dituturkan dalam solatnya.

Apabila dia melafazkan takbir 'Allahuakbar', maka dia benar-benar merasakan betapa 'Maha Besarnya Allah'.

Dari situ akan terdetiklah dalam hatinya: "Ya Allah, aku mengakui bahawa tiada yang lebih agung selain dari perintahMu dan akan ku cuba melaksanakannya dengan sepenuh jiwaku'.

Maka diluar solat, dia akan menjadi seorang yang mendahulukan perintah Allah lebih dari segala-galanya.Dia juga akan menjadikan seorang muslim yang rela berkorban, kuat berfikir dan bekerja keras dalam gerak kerja amal islaminya(gerak kerja Islam).

3-Kalau seseorang itu, sentiasa mementingkan solat berjemaah di masjid dalam setiap kali solatnya. Sehingga dia rasakan berdosa pada dirinya jika tertinggal solat jemaah.

Maka insyallah dia akan menjadi seorang muslim yang sentiasa suka akan kesatuan umat Islam. Akan cuba dielaknya dari melakukan perpecahan, sangka buruk, jatuh menjatuhkan serta berkonfrontasi sesama muslim bahkan lebih-lebih lagi mengumpat sesama sndiri.

Jika adapun dilihat kelemahan dan keburukkan di antara sesama muslim, dia akan lebih suka membaiki dan memikirkan jalan penyelesaian dari lebih suka mengkritik dan memburukkan mereka.

Banyak lagi kalau,kalau dan kalau..

Jadi mari kita fikir dan renungi keadaan diri kita di luar solat. Mudah-mudahan dari situ kita dapat menilai:

Khusyukkah solat kita?


Firman Allah: "Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara keji dan mungkar".



we unite 4 Islam!

1 comments:

BATRISYA SOLEHAH said...

artikel yg mempunyai roh penulisan.
teruskan berdakwah di alam maya.